Semalam tengok berita kat TV3, yang menarik perhatian Yan semalam tentang Kaca Kristal. Cantik tetapi merbahaya, itulah istilah yang diberikan oleh TV3.
Adakah korang peminat barangan berasaskan seperti Kaca Kristal? sekiranya ya, fikirkan semula. Tidak berbaloi rasanya sekiranya korang memiliki barangan tersebut kerana ianya boleh membahayakan kesihatan korang.
Seperti apa yang Yan dengar dalam berita semalam, Kaca Kristal didapati mengandungi satu bahan merbahaya iaitu Plumbum yang terhasil ketika proses pembentukan Kaca Kristal tersebut, dan Plumbum ini sangat merbahaya dan mempunyai kesan yang begitu kronik, lebih-lebih lagi kepada ibu yang sedang mengandung, kerana ianya boleh menyebabkan keguguran pada kandungan. Kaca Kristal jugak boleh menyebabkan barah.
Nasib baiklah Yan dan keluarga memang bukan penggemar segala barangan berbentuk Kaca Kristal. Korang pulak macam mana? ada koleksi barangan Kaca Kristal tak? kalau ada fikir-fikirkanlah ye.
P/s : Sebenyarnya ini adalah Entry untuk pagi tadi, dalam simpanan draf, nak publish pagi tadi tapi takut server tak save sebab pagi tadi pihak hosting sedang melakukan kerja-kerja memformat server. Dan sambungan berita tentang Kaca Kristal ini patut ada kat berita TV3 malam nie, tapinye Yan tak boleh nak buka Berita kat TV3 sebab anak Yan tengok TV2 Berita Mandarin…huh…sabar jelah…*macam faham je*…ehehehe