Mandi Manda Di Pantai Chenang Langkawi

Salam, kalau ke Langkawi pastinya tidak melepaskan peluang untuk Mandi Manda Di Pantai Chenang Langkawi, sebelum ni saya pernah sampai ke sini semasa berbulan madu dengan suami, mandi berdua sambil bermain ombak, ohhh bestnya kalau nak ingat balik heheee.

Mandi Manda Di Pantai Chenang Langkawi

Dan ini merupakan Percutian Ke Pulau Langkawi bagi kali ke 2, yang bestnya kali kedua ni kami bersama anak-anak dan keluarga mertua, kalau dulu berdua kan? hikhik. Pastinya bila dah bawa anak-anak ke Pantai Chenang ni, mereka haruslah rasa teruja nak mandi kat sini.

Continue reading “Mandi Manda Di Pantai Chenang Langkawi”

Haji Ismail Group, Langkawi – Syurga Pada Pencinta Coklat

Salam, sebenarnya tak abis lagi entry Percutian Ke Pulau Langkawi, hari tu demam kuskus tu yang pending aje entry cuti-cuti Malaysia ni, Ok sambung semula nngggee~, lokasi seterusnya kami ke Haji Ismail Group, Langkawi –  Syurga Pada Pencinta Coklat.

haji ismail group

Sesiapa sahaja yang bercuti ke Langkawi pasti tidak akan melepaskan peluang untuk memborong pelbagai jenis Coklat, yang penting coklat kat sini jauh lebih murah dari tempat lain, saya sendiri sedar tak sedar banyak juga yang saya beli, RM200++ juga yang dibelanjakan untuk membeli coklat ni kehkehkeh takpe ler bukan selalu kan. Tu baru saya, belum mak mertua saya lagi.

Continue reading “Haji Ismail Group, Langkawi – Syurga Pada Pencinta Coklat”

Percutian Ke Pulau Langkawi

Salam, syukur alhamdulillah segala urusan dan perjalanan kami semasa Percutian Ke Pulau Langkawi beberapa hari lepas berjalan dengan lancar, Kami pergi bertujuh, saya sekeluarga, Mak Ayah Mertua dan Adik Ipar. Flight dari LCCT ke Langkawi sepatutnya dijadualkan pada 5.20PM, tetapi delay 2 kali, hemmm takpelah tak jadi masalah bagi kami, cuma geram sikit aje nnggeee, apa pun kami enjoy dengan penerbangan kami bersama Air Asia.

lcct

Sehari sebelum penerbangan, saya dah buat Air Asia Web Check In, so senang sikitlah takde nak penat-penat beratur nak check in kat kaunter tu, lagi pulak kalau check in kat kaunter kena caj lagi kehkehkeh. So dah buat cek in web tu tinggal lagi bawa aje boarding pass yang dah di print ke kaunter untuk pengesahan dokumen dan untuk mendapatkan no gate pelepasan.

Continue reading “Percutian Ke Pulau Langkawi”