Macam Mana Nak Update?

Salam, inilah dia masalah saya sebulan yang lalu, dan sehingga kini, biarlah gambar bercerita HAHAHAHA. Sebenarnya banyak benda nak update, tapi bila on laptop je mulalah Alang Irfan ni tak bagi, mulalah dia nak suruh tutup laptop tu…tutup ok…dia dah pandai cakap sikit-sikit hahaha, sedih tak???

irfan

Semalam try lagi on laptop, dia suruh tutup juga, gini gaya dia cakap “tutooo…” maksudnya tutup ye hahaha, pujuk punya pujuk “Ibu buka upin ipin ye” (laju-laju saya buka upin ipin tapi load lambat), tapi tangan dia dah laju tutup laptop ni, tak lama bunyi suara upin ipin…laju dia suruh buka balik…erm…pandai dia hahahaa, suka benar buli ibu ni -..-“

Continue reading “Macam Mana Nak Update?”

11 Bulan Disembunyikan

Assalammualaikum, ini bukan kes culik ye heheee, ni kesΒ 11 Bulan Disembunyikan, apa yang disembunyikan tu? sembunyikan Laptop anak-anak, kelmarin baru lah saya keluarkan Laptop yang di sembunyikan (sampai lupa sorok kat mana hahaha), gila gigih betul tu sembunyi lama dari anak heheee, ye maklumlah time sekolah memang tak boleh keluarkan laptop ni, sebab diorang jadi lupa diri sebagai seorang pelajar.

haziq

Naik risau jadinya…diorang leka bermain game, bukan tak nak bagi langsung main, diorang boleh aje main di iPad2 tu, tapi yelah tak boleh dua2 gadget tu serentak ada, nanti dedua buat hal sendiri, seorang dengan ipad, seorang dengan laptop, jadi kat rumah ni rasa macam takde budak kecik pulak..takde bising-bising hehehee.

Continue reading “11 Bulan Disembunyikan”

Dapat Laptop Dell Inspiron dari En.Hubby

Salam semua, ok dah cool sikit dari Sakit hati dengan Operator TM!, now nak cerita pasal semalam Yan dapat Laptop baru dari en.hubby…ehehe, petang semalam en.hubby ajak pergi Plaza Alam Central Shah Alam, rupanya nak belikan laptop baru, sukenyee rasa hati bila yang tersayang belikan laptop baru, nak-nak pulak brand dell yang dah lama di idam-idamkan, thanks dear πŸ™‚

Memula en.hubby cakap pilihlah nak yang mana, budget 2K, so tu dia amik yang ngam-ngam 2 K…hahhahaa sebab kalau lebih dari 2K kena tambah sendiri…keh3. Specnya pun puas hati, boleh simpan grafik banyak-banyak, tak macam laptop acer sebelum nie….*wah2 terus pandang rendah kat lappy lama..haha teruk betul!*

Continue reading “Dapat Laptop Dell Inspiron dari En.Hubby”

Mr.Lappy jumpa Dr.Pc

Salam semua, petang tadi lappy kesayangan dah keluar dari wad Dr.Pc, syukur alhamdulillah kesihatan Mr.Lappy tidak berapa teruk seperti apa yang Yan sangkakan, kini Mr.Lappy masih lagi bernyawa dan masih lagi menjalankan khidmat kepada tuannya iaitu Puan Yan dan Encik Mie πŸ™‚

Lega rasa hati sebabnya Mr.Lappy hanya sempat menginap di wad Dr.Pc cuma 1 malam sahaja, dan charge penginapan Mr.Lappy cuma RM50.00 bilik siap berhawa dingin lagi πŸ™‚

Continue reading “Mr.Lappy jumpa Dr.Pc”

Entry Khas untuk Aiman

Salam semua selamat berhujung minggu, hari nie tak kemana sebabnya en.hubby keje, so lepak-lepak rumah sahaja layan TV sambil-sambil blogging depan TV dan macam biasa jadi cikgu kepada anak-anak. Petang nie online tumpang Meja belajar anak-anak…ehehe

Tetiba tadi Aiman ada permintaan, macam nie katanya :-

Aiman : “Ibu, boleh tak Amik gambar eyman tengah menulis?”

Ibu/Yan : “Ha..nak buat apa??”

Aiman : “Nak masuk dalam laptop ibu macam semalam tu” rujuk entry INI

Ibu/Yan : “Oh…abang nak masuk dalam blog ke?”

Aiman : “Haaa yeaaa…Aiman nak!!!” *dengan nada bersemangat*

.

Continue reading “Entry Khas untuk Aiman”

Nak Format ke tak Laptop nie?

Salam semua, hari nie banyak sangat nk update sampaikan tak tau nak mula dari mana..ehehe, last-last jadi silent reader sekejap. Hangat woo macam-macam sekarang nie kes blogger tak puas hati…opss!!

Sebenarnya Yan tengah berfikir samaada nak format Laptop ke tak? sebabnya sejak akhir-akhir ini Laptop Yan asyik buat hal je asyik heng memanjang, sudahnya tutup terus plug..hahhaa, kan best kalau dapat Laptop Acer Aspire One baru dari Bro Denaihati πŸ™‚

Continue reading “Nak Format ke tak Laptop nie?”

Apa sudah jadi dengan Lappy ku

Pagi tadi YM dengan CikMin,kami sembang-sembang kosong. Yan cakap dengan CikMin ada pasang niat nak beli lappy baru. Tapi bukan sekarang, nak bagi lappy lama nie kat Aiman.

Dah tu baru kejap tadi on Lappy, sekali tu terkejut uuu

Screen Lappy

Tengoklah Screen Lappy Yan nie, dah hitam-hitam legam gitu, sepatutnya yang hitam tu warna biru dan putih suci. Sekarang dah dicemari oleh si hitam legam. Oh Tidak!! adakah lappy nie merajuk??? sebab Yan kata nak beli baru?? jaganlah macam nie, Yan masih sayang Mr.Lappy sekarang nie, banyak berjasa pada Yan.

Yan nk beli baru sebab nak bagi Aiman belajar guna Lappy sekarang nie, So please….please…kamu jangan nakal, Nanti aku datang bawa yang kau pesan…ekekeke…nyanyi lagu Jangan Nakal pulak..hehehe.

Korang pernah tak Lappy/PC jadi gini?? meh share dengan Yan apa masalah sebenarnya. Kalau boleh nak pelihara Lappy nie, sayang wooo banyak betul jasa Lappy nie…hehehe..jom share dengan Yan napa benda nie boleh jadi…Tak sanggup kehilangan Mr. Lappy nie..huhuhu