Belajar Memandu

Salam semua, minggu nie lesen L Yan keluar, yeeehhhaa dengan rasa hati gumbira Yan start belajar bawa kereta sang kancil minggu nie. Perasaan tu macam biasa aje, takde nebes ke gabra ke…biasa-biasa aje, cuma rasa macam mimpi boleh bawa kereta.

Litar memandu Institut Memandu Warisan Jengka Sentral

sebenarnya ini adalah kali ke 2 Yan drive kereta sang kancil, kali pertama khamis lepas, bayangkan dengan tak ada kemahiran membawa kereta langsung, cikgu memandu Yan tetiba suh bawak…arghhh sudah!!

Continue reading “Belajar Memandu”

Alhamdulillah Lulus Ujian Statik

Salam semua, semalam hati rasa gembira sangat sebabnya Yan lulus ujian statik untuk mendapatkan lesen L. Insyallah wiken nie nak masuk kelas Amali pulak, dan seterusnya melayakkan Yan untuk mendapatkan lesen L…yeeehhhaa~~

Markah tadi dapat 46/50 oklahkan, cuma salah 4 aje…kikiki, lega sikit dah lepas ujian statik nie. persediaan nak pegang stereng pulak. dah dapat lesen P nanti berkira-kira nak dapatkan kereta pulak dari en.hubby….ehehe, sebab dia tak kasik bawa keta dia tu ha…sayang takut Yan pi langgar bunmper keta orang..hahaha, so dia kata nak belikan keta buruk je, keta buruk macam mana pun Yan tak tau…kita tunggu dan lihat ajelah nanti..ekeke

Nota Yanmie : Tapi tak kisah pun keta apa, yang penting ada dan boleh guna….nnggee~~

Update dari Kampung

Salam semua, Yan update entry ini dari cybercafe di bandar pusat jengka, kebetulan bersebelahan sahaja dengan kelas memandu, dan hari ini Yan ada kelas komputer untuk ujian statik aka ujian berkomputer pada rabu ini. Doakan Yan lulus ye untuk ujian statik ini, dan seterusnya memperolehi Lesen L. So bila dah dapat Lesen L boleh lah Yan masuk untuk kelas Amali pulak, tak sabar rasanya…ehehe.

Yang bestnya disini untuk kelas memandu tiada had jam yang diperuntukkan, kiranya dia ajar sampai pandai dan cekap. tidak macam disesetengah tempat diorang ajar mengikut jam.

Oklah Yan undur diri dullu, kejap lagi nak masuk kelas. Harap maaf pada kawan2 yang lain kerana Yan tidak dapat menjejak korang balik, insyallah ada kesempatan Yan akan jejak korang balik, Yan sangat sibuk disini disamping kelas memandu. sekiranya tidak ada update itu bermakna tiada talian internet, dan maafkan Yan kerana tidak dapat menjejak korang balik. Insyallah balik Klang nanti Yan jejak balik.

Continue reading “Update dari Kampung”