Diy Baju Peter Pan – Sambutan Hari Guru Tadika Little Caliphs

Assalam, maaflah terlampau busy sampai takde masa jenguk blog uhukkk, oklah nak cerita pasal baru-baru ni jenuh memikir watak konsep Fairytale untuk sambutan Hari Guru Tadika Little Caliph untuk Alang Irfan (tak boleh bagitau lokasi tadika dimana, bahaya!), 3 hari juga mencari Costume untuk dia, punyalah susah nak cari, tanya kawan-kawan pun memasing tak tahun, pergi jusco gm, tesco semua takde, last-last diy kan aje baju Peter Pan untuk Alang Irfan hahha.

diy peter pan

Hahahaha menjadi jugalah Peter Pan ibu ni kikiki, diy pun boleh tahan juga cari barang-barangnya tu, sampai dress gegirl pun ku beli juga untuk padankan jadi macam kat atas tu hehehe.

Baju T-shirt hijau tu gunting dan buat bentuk zigzag, baju tu ada gambar, saya terbalikkan nasib baik tak nampak corak bila baju diterbalikkan hahaha, jenuhnya cari baju plain hijau yang warna peter pan tu, sib baiklah baju ni ada dan terfikir untuk terbalikkan baju tu hehee.

Continue reading “Diy Baju Peter Pan – Sambutan Hari Guru Tadika Little Caliphs”

Gambar Aiman (Pra-Tahfiz) 2012 Tadika Little Caliphs Bandar Puteri Klang

tadika little caliphs bandar puteri klang

Salam, ini adalah gambar kelas Pra Tahfiz 2012 Tadika Little Caliphs Bandar Puteri Klang, cuba cari mana satu Aiman? hihihi, comel-comel budak-budak ni semua, nampak sangat dah biasa beraksi depan kamera ^__^

– Insyaallah jumaat ni Aiman dan rakan-rakan akan Convo 😀

Little Caliphs Annual Sports Day 2011

Salam, sabtu baru nie kami ke Dewan Liparis Kota Kemuning untuk Little Caliphs Annual Sports Day, gabungan 3 cawangan tadika, memang meriah, gelak mengekek tengok gelagat anak-anak comel bersukan bersama ibu bapa mereka, kikiki. Layan gambar yea -..-

little caliphs annual sports day

Cuba cari Aiman yang mana, hehehe -..-

Continue reading “Little Caliphs Annual Sports Day 2011”

Hari pertama aiman di Tadika

Salam semua, hari nie sibuk sikit sebabnya Aiman dah mula masuk sekolah tadika di tadika di Little Caliphs, bukan main seronok lagi dia pagi tadi, macam-macam jugak ragam anak kecil pagi tadi, ada yang cool macam aiman dan ada jugak yang menangis langsung tak boleh nak pujuk, last-last mak budak pun masuk ikut sekali…ehehe

tadika3

Alhamdulillah Aiman menten cool dan tak menangis pun, malah masa Orentasi Di Tadika The Little Caliphs hari tu pun dia tak nangis kami tinggalkan dia selama 2 jam kat sana.

Continue reading “Hari pertama aiman di Tadika”

Orentasi Di Tadika The Little Caliphs – Snap Via HTC Desire Z #maxis10

Salam semua, pagi tadi kami ke Tadika Little Caliphs ada sesi orentasi pelajar-pelajar baru, seronok sangat dapat bawa Aiman, bukan main semangat lagi dia, seawal pagi dan bangun, mandi, makan…ehehe, sampai sana agak lewat sikit tapi oklah suasana meriah sangat tengok telatah anak kecil, ada yang suka dan ada yang menangis, maybe tak biasa berenggang dengan orang tua kot, aiman pulak??? hahaa siap halau mak pak dia balik adalah…kikiki

little caliphs

Tadi jugak dapat baju uniform, baju sukan kemudian kot, dah try-try kat Aiman tadi, memang nampak segak *puji anak sendiri*, tak sabar pulak isnin nie nak hantar Aiman pegi sekolah, maknya pulak yang lebih-lebih….hahahaa

Continue reading “Orentasi Di Tadika The Little Caliphs – Snap Via HTC Desire Z #maxis10”