Salam, besok merupakan hari yang dinanti oleh Rakyat Malaysia yang mana menyaksikan perlawanan perseorangan lelaki antara Lee Chong Wei vs Lin Dan Final Bandminton Olimpik 2012, besar harapan rakyat Malaysia untuk melihat Datuk Lee Chong Wei membawa balik pingat emas pertama Malaysia, insyaallah.
Datuk Lee Chong Wei meraikan kemenangannya selepas menewaskan pemain China, Chen Long 21-13, 21-14 pada aksi separuh akhir perseorangan lelaki semalam.
Limpahan ganjaran menanti Chong Wei sekiranya beliau membawa pingat berharga itu termasuk wang tunai RM2 juta dan tambahan RM1 juta dari kerajaan menerusi skim insentif Majlis Sukan Negara (MSN) dan RM1 juta lagi dari syarikat perabot tempatan, 3V Holdings Sdn Bhd.
Continue reading “Lee Chong Wei vs Lin Dan Final Bandminton Olimpik 2012”