Salam, nampaknya 3 hari juga blog ni tak berupdate kan, terima kasih pada rakan-rakan yang rindukan saya hehee, nak tau sampai ada yang email, sms dan call tanya kenapa tak update blog, ini kerana angin-angin kemabukan melanda diri plus saya demam kuat lebih kurang seminggu ni, alhamdulillah demam dah takde tapi mabuk dan loya sangatlah teruk, 1st Trimester Yang Sangat Mencabar.
Google img
Ini merupakan kandungan yang ke 3 saya, insyaallah. Sangkaan saya meleset 100% yang mana saya ingatkan saya tidak mengalami alahan, mabuk, loya dan pening-pening yang teruk, semuanya bermula pada minggu lepas, semua simptom tersebut datang serentak sekali dengan demam tu.