Big Apple Jusco Bukit Tinggi- Menang lagi

Salam, baru nie ke Jusco Bukit Tinggi bertiga tanpa en.hubby, sebelum tu sms en.hubby untuk minta izin keluar rumah. So macam biasa lah kalau dah keluar tu harus shopping, jalan-jalan cari makan singgah KFC dan sebelum balik tu Singgah Big Apple, Aiman teringin nak makan Big Apple, beratur panjang jugaklah, takpe demi anak ku turutkan jua.

big apple

Untuk 12 ketul nie tak silap RM25.00 kot

Amik ko 3 orang punya makan 12 ketul tu, hehee biasa beli 12 ketul je, takpelah buat stok dalam peti (dah habis). Sebenarnya anak-anak yang teringin nak makan, maknya rasa sikit-sikit je, maklumlah manis sangat, kang melambung pulak naiknya berat badan nie..sob..sob..

Oh yea, Yan menang lagi untuk 10Malaysia Top Link Bulan Februari dan Mac dari Blog Denaihati dan jugak menang Cabutan Bertuah dari Blog Cikmin, merasa lagilah Macarons dari Cikmin..heeee.

Nota Yanmie : Alhamdulillah rezeki!

Macarons lagi, siapa nak resepi?

Salam semua, yeehhaa baru kejap tadi dapat delivery Macarons dari Kak Nomie (Piqa Bakery) yang di order dari Milkadeal, Yan order 2 box, memang boleh tahan jugak Macarons dari Kak Nomie nie, Yan dapat 5 perasa kalau tak silap, sedap!!, tak silap kat blog Kak Nomie ada ajar cara buat Macarons nie, tak pun google je Resepi Macaros. Macam Yan nie semua nak senang, order je, kalau buat pun belum tentu jadi..nngee~~

macarons

tak cukup pulak rasanya, kena order lagi nie, sebelum nie pernah makan Macarons dari Cikmin.com pun sedap jugak. lepas nie tak tau nak rasa macarons kat mana lagi..ehehe, ada cadangan??

Continue reading “Macarons lagi, siapa nak resepi?”

Macarons dan Kek Red Velvet – rasa sekali pasti nak lagi

Salam semua, semalam sebelum balik terus ke Klang, kami singgah ke teratak Cikmin untuk mengambil macarons dan Cake Red Velvet, maaflah ye kak nak cepat so takleh nak ngedate lelama, lepas dari sana terus pecut balik sebab ada urusan lain. tak sempat nak minta resepi macarons hahaha *gurau*

macarons

Dalam kereta memang tak menahan air liur nie tengok macarons ngan RV tu, rasa macam nak makan jugak time tu, tapi memikirkan nak menikmatinya dengan penuh nikmat, dan taknak gelojoh makanya tunggu sampai rumah baru makan, ehehe. dah tu lambat pulak nak sampai rumah, singgah shah alam hantar adik ipar then gi singgah giant beli barang dapur, macarons dan RV yang sedap tu terperap jap dalam kereta.

Continue reading “Macarons dan Kek Red Velvet – rasa sekali pasti nak lagi”