Terima kasih TMpoint cawangan Klang

Salam semua, pagi nie mood sangat happy! masalah line telefon dan streamyx dah pun pulih seperti sediakala. hampir 2 minggu jugak aduan berkenaan talian telefon dan streamyx tidak ada maklum balas dari pihak TM, malah tidak ada seorang pun dari Pihak TM yang memaklumkan apa-apa perkembangan tentang permasalahan ini, seolah-olah aduan ini dianak tirikan. Apa pun Yan masih kesal dengan TM dan kenapa Yan kesal?? Baca kat SINI yea…

Dan berkat menghadap Manager TMpoint cawangan Klang, masalah ini dapat di selesaikan, alkisah masa hari isnin baru nie en.hubby tak kerja dan kami mengambil peluang tersebut untuk ke TMpoint cawangan Klang. Ambik nombor macam biasa, tak lama menunggu tiba giliran Yan, cerita punya cerita dengan staff TMpoint kat kaunter tu, dia pun terkejut sebab aduan nie dah lama sangat dan masih tidak selesai lagi. Staff TM tu pun call bahagian yang handle masalah tersebut. Macam biasalah, line TM sangatlah bizi, pas sana sini…

Continue reading “Terima kasih TMpoint cawangan Klang”

Susahnya kalau cakap tak serupa bikin

Salam semua selamat berhujung minggu, sekadar ingin meluahkan rasa hati..huhu, geram ya amat dengan TM, cakap tak serupa bikin betul, minggu lepas ada call buat aduan pasal telefon rumah tak boleh digunakan dan macam tu jugak dengan streamyx tak boleh nak guna, line tak ada. tapi bila call dari handphone ada aje ringging tone tapi telefon tak berfungsi.

Minggu lepas lagi ada call TM maklumkan pasal hal nie, dan adalah jugak staff TM call kata cek kat luar dulu, then lepas tu habis macam tu aje, tak de pulak diorang follow up macam biasa tanya telefon dah boleh guna ke tak, streamyx dah boleh guna ke tak?

Continue reading “Susahnya kalau cakap tak serupa bikin”

Sehari tanpa Streamyx

Salam semua pekabar? nampaknya dah 2 hari blog ini terbengkalai, bukannya tak nak update malahan banyak sangat cerita nak dikongsikan tapi apakan daya Streamyx ku buat hal..huhu

Dah 2 hari takde line kat rumah nie, so streamyx pun tak dapat guna jugak, dah telefon TM, macam biasalah kan kena bercakap dengan operator TM, tapi kali nie tak bergayut lama dengan TM sebabnya dah hafal sangat-sangat apa yang diorang nak perkatakan ” Cik dah cek semua sambungan kabel”, ” dah cuba buat direct connection”…bla…bla…

Continue reading “Sehari tanpa Streamyx”