Terima kasih TMpoint cawangan Klang

Salam semua, pagi nie mood sangat happy! masalah line telefon dan streamyx dah pun pulih seperti sediakala. hampir 2 minggu jugak aduan berkenaan talian telefon dan streamyx tidak ada maklum balas dari pihak TM, malah tidak ada seorang pun dari Pihak TM yang memaklumkan apa-apa perkembangan tentang permasalahan ini, seolah-olah aduan ini dianak tirikan. Apa pun Yan masih kesal dengan TM dan kenapa Yan kesal?? Baca kat SINI yea…

Dan berkat menghadap Manager TMpoint cawangan Klang, masalah ini dapat di selesaikan, alkisah masa hari isnin baru nie en.hubby tak kerja dan kami mengambil peluang tersebut untuk ke TMpoint cawangan Klang. Ambik nombor macam biasa, tak lama menunggu tiba giliran Yan, cerita punya cerita dengan staff TMpoint kat kaunter tu, dia pun terkejut sebab aduan nie dah lama sangat dan masih tidak selesai lagi. Staff TM tu pun call bahagian yang handle masalah tersebut. Macam biasalah, line TM sangatlah bizi, pas sana sini…

Continue reading “Terima kasih TMpoint cawangan Klang”