iPhone 4S Malaysia – Pakej iPhone 4S Celcom, Digi, Maxis

Salam, baru tengok berita tv3 tadi, ada lintas lansung tentang iPhone 4S Malaysia Di Lancarkan Bersama Maxis tepat pada pukul 12 malam ini, punyalah ramai yang beratur fuhhhh, tak sanggup rasanya nak beratur panjang macam tu, biarlah bagi diorang pakai dulu *hehe konon macam nak beli je*

iphone 4s

Besok 16 Disember 2011 secara rasminya iPhone 4S dijual di Malaysia, Untunglah siapa yang dapat merasa guna iPhone 4s dulu, saya tunggu jelah orang bagi hadiah, kot-kot boleh dijadikan gadget impian kan *berharap* hihihi, sebab nak beli tu memang lah tak mampu -..-“

Continue reading “iPhone 4S Malaysia – Pakej iPhone 4S Celcom, Digi, Maxis”

Orentasi Di Tadika The Little Caliphs – Snap Via HTC Desire Z #maxis10

Salam semua, pagi tadi kami ke Tadika Little Caliphs ada sesi orentasi pelajar-pelajar baru, seronok sangat dapat bawa Aiman, bukan main semangat lagi dia, seawal pagi dan bangun, mandi, makan…ehehe, sampai sana agak lewat sikit tapi oklah suasana meriah sangat tengok telatah anak kecil, ada yang suka dan ada yang menangis, maybe tak biasa berenggang dengan orang tua kot, aiman pulak??? hahaa siap halau mak pak dia balik adalah…kikiki

little caliphs

Tadi jugak dapat baju uniform, baju sukan kemudian kot, dah try-try kat Aiman tadi, memang nampak segak *puji anak sendiri*, tak sabar pulak isnin nie nak hantar Aiman pegi sekolah, maknya pulak yang lebih-lebih….hahahaa

Continue reading “Orentasi Di Tadika The Little Caliphs – Snap Via HTC Desire Z #maxis10”

#maxis10 : A Day in the life of the HTC Desire Z

Salam semua, yea hari khamis hari tu bermulalah pengalaman bersama dengan HTC Desire Z, satu pengalaman yang tak mungkin di lupakan bila Yan sendiri berpeluang untuk memegang smartphones tersebut, terima kasih sekali lagi buat Maxis, @aprilyim dan @fiona kerana memberikan peluang ini kepada Yan, insyallah akan buat yang terbaik untuk review ini.

htc desire z

See…cantikkan, tak pernah pun sekali terfikir dapat sentuh smartphones macam nie…ehehe, siap boleh slide bagai, memang canggih phone nie, serius phone nie memang sangat BEST!!, tak bosan untuk menggodeknya, malah dari masa ke masa semakin teruja.

Continue reading “#maxis10 : A Day in the life of the HTC Desire Z”

#maxis10 : Happy Birthday to me

Salam semua, syukur hari nie masih lagi bernafas di usia 28 tahun, masih muda kan..ahaks, pertama kali terima kasih pada rakan-rakan semua yang mengucapkan selamat hari lahir dan mendoakan kesejahteraan Yan dan keluarga, amin…deringan Smartphone HTC Desire Z tak berhenti-henti, I Like!!

birthday

Terima kasih Daus, sempat lagi buat kad nie di Facebook

Tak sangka begitu ramai yang wish birthday kat Yan, tepat detik pukul 12 malam sehinggalah sekarang, tak kira yang wish dari twitter, facebook, YM, sms, call…terima kasih semua…sob…sob….daku terharu 🙂

Continue reading “#maxis10 : Happy Birthday to me”

#maxis10 : HTC Desire Z first look

Salam semua, seperti yang korang maklum khamis haritu Yan Bersama Reviewers #maxis10 HTC Desize Z amik phone kat maxis, sangat teruja lorrr pegang ini phones! bertuah rasanya terpilih sebagai #maxis10 reviewers for HTC Desire Z

htc desire Z

Yes!! akulah tu 🙂

Korang dah tengok Sesi Unboxing HTC Desire Z #maxis10? kalau belum kliklah pada link tersebut ye, rugi tak tengok, bukan selalu Yan upload video sendiri kat blog nie…ekekee, jom layan HTC Desire Z first look pulak 🙂

Continue reading “#maxis10 : HTC Desire Z first look”

Bersama Reviewers #maxis10 HTC Desize Z

Salam semua, semalam kami seramai 7 orang antara 10 yang lain berkumpul di menara maxis tingkat lapan untuk mengambil smartphones HTC Desire Z dari @aprilyim dan @fiona untuk misi review kami selama 2 minggu, teruja sangat seh! tak pernah pegang handphone secanggih ini, seronok dapat berjumpa diorang semua dan terima kasih kepada @maxiscomms kerana memberikan peluang ini kepada kami, dan terima kasih jugak buat April dan Fiona, diorang sangat best!!

maxis desire z

Kredit gambar kepada Noktahhitam.com, berdiri kiri, @rodgerMY, @Roslan_Nazri, @joshuatly, @heymijie dan @yanmie *akulah tu*. depan tengah squat, @noktahhitam dan @zzuhry

Continue reading “Bersama Reviewers #maxis10 HTC Desize Z”

Di mana abang posmen?

Salam semua, ye betul tengah mencari abang posmen tak datang-datang rasanya dah dekat 2 minggu nie menanti, ntah mana pulak perginya abang posmen nie, hati meronta-ronta nak jumpa, aisehhh….ke abang posmen nie dah curang? telefon ofis pun tak angkat, no handphone tak tau..ehehe.

poslaju

Ahaks…korang jangan tertipu ye, tu abang posmen poslaju ler..huhuhu sebenarnya sakit jiwa jugak nie, hari tu call kata nak datang amik barang, tunggu punya tunggu, call punya call sampai tumbuh janggut sudahnya dagu nie…ehehe, call pulak tu tak angkat…wehhhh poslaju klang bercuti ke 2 minggu nie ye??? konfius!!! ke diorang silentkan phone?? sebab malas nak buat keje?? opss!!! *think positif…ehehe*

Continue reading “Di mana abang posmen?”

I’m one of the #lucky #maxis10 reviewers for HTC Desire Z

Salam semua, syukur alhamdulillah terpilih untuk #Maxis10 HTC Desire Z, semalam dapat announcement dari @maxiscomms di Twitter dan jugak Facebook, dan Yan salah seorang yang terpilih untuk review phone tersebut, happy sangat-sangat, insyaallah Yan akan buat sebaik mungkin untuk review nie, kalau korang ada sebarang pertanyaan silalah kemukakan yea, insyaallah Yan akan menjawab semua pertanyaan korang 🙂

maxis10 program

Tak sabar pulak rasa nak review phone HTC Desire Z nie, korang nantikan ye review versi dari Yan, harap-harap semuanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Terima kasih buat Maxis kerana memilih Yan untuk menjadi reviewers bagi smartphone HTC Desire Z nie.

Continue reading “I’m one of the #lucky #maxis10 reviewers for HTC Desire Z”