Mee Kari Jengka 25

Salam, semalam pekena Mee Kari Jengka 25, gerai ni kat tepi jalan aje, tak sangkalah pulak pakcik yang meniaga Mee Kari ni, anaknya classmate en.hubby masa sekolah menengah dulu.

mee kari

Sedap betul mee kari ni, memang kena betullah dengan tekak ni, tak masin, tak pedas sangat…serba serbi memang ngam dengan tekak, apa lagi sepinggan kat atas tu abis licin dek makyung ni kikiki.

– Otw nak balik Klang, nak singgah gi rumah 2 orang blogger, RAYA lerrrr ^__^

Mee Kari Seafood Creamy

Salam, menu yang tak dijangka-jangka hari ni hehee, streamyx problem makanya terlebih rajin, kebetulan bahan-bahan semua ada dan cukup lengkap, saya buat resepi sendiri iaitu Mee Kari Seafood Creamy, pepandai je letak krim dalam mee kari HAHAHAHA, layan!.

Mee Kari Creamy

Dalam mee kari ni saya tak gunakan santan tapi saya gunakan krim masakan, sama macam krim dalam menu Tomyam Berkrim yang baru-baru ni saya masak, serius nak sedap guna je krim takyah guna santan tu, dia punya sedap 3x ganda hehee, tapi harga dan lemak pun 3 kali ganda jugak kehkehkeh.

Continue reading “Mee Kari Seafood Creamy”

Duit Hasil Blogging Hadiah untuk Anak

Salam semua selamat berhujung minggu, Yan baru balik dari Pasaraya Econsave beli barang dapur dan barang keperluan yang lain, macam biasalah hari nie adalah hari tanpa plastik tapi Yan barang-barang semua letak jugak dalam plastik sebabnya leceh, bukan taknak sokong kempen minggu tanpa plastik tu cuma agak susah sikit bagi Yan *ekekee…ada aje alasan*

Oklah masuk aje kedalam Pasaraya Econsave benda pertama yang masuk dalam kepala nie nak belikan anak-anak something dari duit hasil blogging Yan. fikir punya fikir terlintas untuk Yan belikan diorang meja kecik dan bangku kecik sekali, senang untuk diorang belajar atau bermain, selalunya duk kat meja makan aje…ehehhee

Meja dan bangku dalam gambar nielah yang Yan belikan tadi untuk diorang, bukan main seronok lagi yang abang nie, siap puji-puji ibu dia…kikiki, tak pasal-pasal hari nie dia rajin Ya amat menulis.

 

Continue reading “Duit Hasil Blogging Hadiah untuk Anak”