MotoGP Sepang Malaysia 2011 – Harga Tiket MotoGP

Salam, yeay jangan lupa weekend nie ada MotoGP Sepang Malaysia 2011 pada 21-23 oktober 2011 yea, kalau ikut perancangan, kami akan pergi ke Litar Sepang untuk menyaksikan MotoGP, sama seperti tahun-tahun sebelumnya, kiranya MotoGP nie memang wajib kami pergi tengok.

Valentino Rossi

Maklumlah memang minat dengan dunia permotoran, tak kiralah Motogp ke GTJapan, Drag, Drift, pendek kata apa-apa yang berkenaan permotoran memang kami follow hehe.

Continue reading “MotoGP Sepang Malaysia 2011 – Harga Tiket MotoGP”

Layan MotoGP Sepang 2010

Salam semua, semalam kami sekeluarga pergi ke litar sepang untuk menyaksikan perlumbaan MotoGP 2010, seperti biasa memang best sangat-sangat, macam-macam ragam orang, kali nie sangat enjoy sebabnya Rossi winner…ehehe, ramai yang seronok sangat! sorak sana-sini memang sengit betul. Jom layan gambar ye, nak cerita panjang sangat, biarlah gambar-gambar nie yang menceritakan situasi semalam semasa berada di Litar Sepang…cewah!!

tiket motogpSampai-sampai kat sana, tudia punyalah susah nak cari parking, berjalan kaki dekat 2km jugak, sila percaya sampaikan kasut yang Yan pakai tu boleh terputus..wakaka sib baik dalam keta ada kasut spare, kalau tidak harus berkaki ayam je…kah3, tiket atas tu untuk kami bertiga…oh ye semalam jugak bawa sekali adik lelaki Yan, tu pasal ada 3 tiket…ehehe kami duduk kat main grandstand, harga tiket dah naik wooo, tahun lepas tak silap rm80 je, tahun nie rm 102.00 untuk 1 tiket, hem takpelah bukan selalu nak layan, minat punya pasal ok je 😛

Continue reading “Layan MotoGP Sepang 2010”

Ke Litar Sepang untuk Super GT International Series Malaysia

Salam semua, entry ini adalah entry tertangguh, sepatutnya publish semalam tetapi disebabkan kesibukan melanda semalam, so pagi nie baru dapat publish. Ahad baru nie kami ke Litar Sepang untuk menyaksikan Perlumbaan Super GT International Series Malaysia, sebelum nie ada jugak bawa anak-anak layan MotoGP.

Sebelum tu kami singgah dahulu ke Puchong untuk menghadiri majlis perkahwinan adik kawan en.hubby, time nie ayu uuu pakai baju kurung..haha tapi saje tak mo snap gambar, best pulak sebab dah lama sangat tak pakai baju kurung…ehehe

Continue reading “Ke Litar Sepang untuk Super GT International Series Malaysia”

Jom Ke Sepang tengok F1

Salam semua, Wah hari nie mesti ramai yang berpusu-pusu pergi tengok Perlumbaan kereta F1 di Litar Sepang kan?? Kali nie Yan dan family tak pergi pun tengok, tiket mahal seh! kalau tiket setakat tiket MotoGp, GTJapan, Sprint Test dan yang sewaktu dengannya mampulah nak beli, maklumlah kalau pergi tengok race kat Sepang tu mesti nak duduk kat Main Grandstand baru puas hati, so F1 nie memang tak mampu nak beli tiket ribu riban untuk duduk kat Main Grandstand tu, jadiknya nak selesa sangat tengok depan TV kat rumah sambil makan cikedis…hahaha, memang takde aktiviti hari nie. Layan F1 kat Astro je *Ra rabbi ini pun dan best sangat!*.

Sekadar Hiasan, Gambar Aiman masa kami pergi tengok MotoGP kat sepang di apit oleh gadis litar, auuww gambar harus sensor untuk menjaga kesucian blog ini..ekekeke

Continue reading “Jom Ke Sepang tengok F1”