Dapat Invitation dari nuffnang untuk premier screening Narnia

Salam semua, Yeay semalam buka email dapat email invitation premier screening Narnia dari nuffnang, terima kasih nuffnang, ini adalah invitation ke 2 dari nuffnang, sebelum nie pernah dapat untuk premier screening Altitude. Insyaallah kalau ada masa boleh pergi dan jumpa blogger-blogger yang lain.

invitation from nuffnang

Dah tanya en.hubby katanya boleh pergi, mula-mula ingatkan single invitation, bila cek balik kat site nuffnang rupanya untuk tiket pair, heee boleh pegi dengan en.hubby dan bawa sekali hero 2 orang nie, pangku aje ler..kiki takkan nak tinggal pulak, cukuplah masa tayangan Altitude hari tu tinggalkan diorang…heee….lagipun tengok orang lain slumber je bawa anak-anak 🙂

Nota Yanmie : Siapa lagi yang pergi yea??

My Magical Journey

Pada suatu hari hero-hero Yanmie meninggalkan ibu dan ayah mereka secara senyap-senyap untuk pergi mengembara, di dunia yang agak berbeza, yang mana dunia yang penuh dengan misteri, sihir dan jugak benda-benda pelik. Mereka meneruskan perjalanan tanpa memikirkan dimana mereka berada…susspeennn!!!

narnia

Dalam perjalan mereka berdua, tiba-tiba mereka disapa oleh sebuah makhluk yang agak pelik, dengan telinganya yang panjang, Aiman dah ketakutan tetapi adiknya haziq cool aje…nasib baiklah makhluk tu baik hati tidak mengapa-apakan mereka berdua

Continue reading “My Magical Journey”