Salam semua, malam nie mesti ramai yang tengah tengok Perlawanan Pembukaan FIFA Worldcup 2010 kan, Yan pun takdelah minat sangat bola nie tapi kalau en.hubby buka tengoklah jugak teman dia sekali 🙂 tapi malam nie en.hubby keje malam so dia tak dapat ler tengok perasmian FiFA Worldcup 2010 aka Piala Dunia 2010. Tapi takpe dear nanti tengok ulangan besok..ehehe
Oklah takmo cerita pasal piala dunia..ehehe, nak cerita pasal drama yang baru kejap tadi Yan tengok iaitu Janji Kekasih slot Zehra di TV3, intro yang sangat menarik! rasa drama nie macam best aje, Drama bersiri terbaru 13 episod Janji Kekasih ini diarahkan olen Pengarah yang tidak asing lagi iaitu Feroz Kadir, yang jugak pengarah drama yang meletup-letup baru nie iaitu Adamaya, so pastinya drama ini jugak mesti best!.