Assalammualaikum, bermula 1 Mac yang lalu, Pendaftaran Sekolah Rendah Tahun 1 Sesi 2015/2016 telahpun dibuka. Pendaftaran pertama ini berakhir pada 30 April nanti, walaubagaimanapun sekiranya Ibu Bapa tidak dapat mendaftarkan anak awal, masih ada lagi peluang untuk mendaftarkan anak untuk Pendaftaran ke 2 iaitu pada 2 mei 2014 sehingga 30 oktober 2014, tapi sebaiknya daftar anak awal-awal jadi tak kelam kabut itu ini, macam kami biasanya daftar anak awal-awal, lepas tu setel tak perlu dah nak fikir apa, bukan apa takut terlupa, kang tak pasal-pasal dapat sekolah jauh dari rumah.
Pendaftaran persekolahan tahun 1 bagi kanak-kanak warganegara yang lahir pada 2 Januari 2008 hingga 1 Januari 2009 untuk sesi persekolahan 2015, dan bagi murid yang lahir pada 2 Januari 2009 hingga 1 Januari 2010 untuk sesi persekolahan 2016 nanti (Pendaftaran bagi sesi 2016 akan berterusan disekolah sehingga diberitahu tarikh akhir pendaftaran)
Continue reading “Pendaftaran Sekolah Rendah Tahun 1 Sesi 2015/2016”