Keputusan Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi P.185

Salam semua, alhamdulillah hari nie merupakan undi di kampung Yan iaitu Batu Sapi dan juga undi di DUN Galas, mudahan semuanya berjalan dengan lancar, harap-harap parti apa pun yang menang dapat mengotakan janji kepada masyarakat.

Keputusan rasmi – Barisan Nasional Menang di Batu Sapi

Linda Tsen (BN-PBS) – 9,773
Yong Teck Lee (SAPP) – 2,013
Ansari Abdullah (PKR) – 3,414
Undi rosak votes – 420
Majoriti – 6,359

P185

Batu Sapi mempunyai 25,582 orang pengundi, di mana 15,099 atau 59.02 peratus adalah Muslim Bumiputera, 689 atau 2.69 peratus adalah Bumiputera bukan Muslim, 9,737 atau 38.06 peratus ialah pengundi Cina dan 57 atau 0.22 daripada pengundi kaum lain.

Continue reading “Keputusan Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi P.185”

Pastikan Kerusi Batu Sapi Milik BN – Muhyiddin

Salam semua, baru nie ada sembang dengan ayah melalui telefon, sajelah tanya macam mana keadaan menjelan undi Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi, Ayah kata memang ramai orang-orang kenamaan yang turun padang untuk berkempen.

parlimen batu sapi

Dan reaksi ayah macam sedikit kecewa, ayah kata mungkin Pembangkang yang menang nie…huhuhu sebabnya lawan Datin Linda tu semuanya nama besar-besar dan jugak bekas Ketua Menteri Sabah.

Continue reading “Pastikan Kerusi Batu Sapi Milik BN – Muhyiddin”

Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi dan Galas serentak

Salam semua, semalam tengok berita TV3 pasal Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi Sandakan Sabah akan di adakan serentak dengan Pilihan Raya Kecil Dun Galas, terkejut jugak pasal pilihanraya kat Batu Sapi, Sandakan, Sabah tu sebabnya tak tahu pun pasal penyandang Dun tersebut dan mati, Oh ye nak tahu kenapa Yan terkejut sebabnya Batu Sapi tu kampung Yan kat Sabah…ehehe, so lepas nie boleh tengok muka orang kampung masuk TV…wakakkaa

parlimen kecil batusapi

Yang pastinya bila tiba je musim nak undi nie time nielah baru ada yang turun padang, siap naik rumah lagi…adoii tapi bila ada masalah rakyat tak nak pulak turun padang, harap2 kali ini rakyat yang mengundi di Batu Sapi Sandakan dapat membuat pilihan yang terbaik, sebelum ini Batu Sapi di pegang oleh Parti Bersatu Sabah yang mana menang tanpa bertanding…huhuuhu, harap-harap adalah pencabar kali nie dari BN ke, bukan apa kalau parti lain yang duk pegang Batu Sapi nie memang tak nampak pun apa-apa perubahan yang ada, tiap kali balik kampung macam tu jugaklah rupa Batu Sapi tu, So kali nie biar rakyat bijak memilih, dan yang pasti ibubapa Yan memang penyokong kuat BN…ehehee *terus terang lagi tu*

Continue reading “Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi dan Galas serentak”