Tanah Kebun Sekangkang Kera – Hasil Berbudi Kepada Tanah

Salam, hehe meh ler tengok saya punya Kebun Tanah yang Sekangkang Kera kat bawah tu, bukan main seronok dan teruja lagi, hehe dah tak perlu nak beli serai dan cili kat supermarket, ambil saje kat depan rumah, yang bestnya sebab pokok serai dan pokok cili tu Mak Mertua tercinta yang tanam, hehe, kalau saya yang tanam tak pernah nak hidup, pelik betul kan ^___^.

pokok cili dan pokok serai

Gambar dari Instagram ku http://instagr.am/p/J5O_e/

Tanaman yang begitu tumbuh subur, sesubur tuannye yang makin menggemuk, nnggee~.  Pokok serai tu dah ambil banyak kali dah, pokok cili tu Mak Mertua bagi, adalah dalam 2-3 bulan lepas kalau saya tak silaplah, time tu pokok cili tu tak berbuah lagi, dalam bulan lepas baru start nampak hasilnya, bukan main teruja lagi saya petik cili Api dari pokok tu, HAHAHA, mula-mula dulu ambil 4 biji cili sebab itu je yang ada, bukan main seronok lagi, hahaha, now cili yang terhasil begitu banyak, lebat!

Continue reading “Tanah Kebun Sekangkang Kera – Hasil Berbudi Kepada Tanah”

Yanmie bercucuk tanam

Pokok Terung

Entry nie cerita pasal bercucuk tanam ok, bukan cucuk benda lain tanam benda lain…hehehe, Nampak tak gambar atas tu? shoot baik punya, itulah dia pokok terung Yan. Pokok Terung nie MyMIL yang tanamkan masa bulan lepas MyMIL datang rumah. Kat depan rumah nie adalah 4 Pokok Terung dan 2 Pokok Cili Padi.

Alhamdulillah kesemua yang MyMIL tanam sudahpun menampakkan hasil, Yan ada jugak mencuba-cuba bercucuk tanam didepan rumah nie, tapi kesemua yang Yan tanam semuanya tak menjadi…hehehe, tak reti kot! takpun tanah nie memilih tangan…hahahhaa, pelik sungguh dah macam-macam jugak Yan cuba tanam tapi tak pernah berhasil, Tapi bila MyMIL dia hanya tabur-tabur manja gitu benih tumbuhan terus menjadi.

Teruja sangat bila tengok tumbuhan nie membesar depan mata, macam jaga anak pulak..hehe, siap mandikan, bagi makan baja, tapi kalau tanam bunga-bunga tu takdelah minat, kalau tumbuhan yg boleh makan macam nie memang suka…nnggee~~

Ingat lepas nie nak tanam Pokok Durian pulak…hehehe, nak ke durian tu hidup kat tengah-tengah bandar nie…wakakaka…mengarut sungguh!!