Staycation di Lexis Hibiscus Sea View Port Dickson

Hi semuanyaaaaa!!! ada je ni haaa, sis nak share Staycation di Lexis Hibiscus Sea View Port Dickson lepas PKP yang lalu, bawa anak-anak cuti kejap sebelum start sekolah haritu…haritu lah..haritu…masa PKP 1 ke 2 tahlah banyak sangat PKPnya hahahaha. Seronok bila lama tak keluar kan, terus kau dapat pi becuti, dia punya syok tu toksah cakaplah, nak-nak pulak anak-anak kena kurung banyak bulan kat rumah hahaha, pijak tanah pun tak aduh!! hehehe

Jadi, mak dorang pun ligatlah cari tempat-tempat menarik yang privasi sikit yang tak perlu nak bersesak berkumpul dalam satu-satu masa dengan orang lain, so sis pilih untuk menginap di Lexis Hibiscus Port Dickson. Lama dah lah teringin nak stay sini. Oh ya rupanya ada banyak ye Lexis ni, nasib masa pi haritu tuju tempat yang betul hihihi.

Continue reading “Staycation di Lexis Hibiscus Sea View Port Dickson”

Lepak Sepetang Di Teluk Kemang Port Dickson

Assalam, waaaaa lama gila tak gi Port Dickson Negeri Sembilan, dah lain sangat ye, cantik dan harmoni gitu, dulu-dulu (tak ingat bila last pergi hahaha) taklah semeriah sekarang ni, happening sangatlah, yang menjual-jual pun dah ramai, banyak lagi aktiviti bersama anak-anak, boleh sewa kereta mainan, basikal dan kuda. best!!

Susah nak duduk diam ambik gambar, mana taknya merata kapal terbang atas kepala hahaha, ni jelah gambar yang terbaik, sabar jeler hahaha.

teluk kemang port dickson 1

Meriah, ni pun dah petang dalam pukul 5 rasanya, ramai lagi kat pantai tu mandi manda, cuaca pun cerah berangin, bestnya kalau dapat mandi hahhaa, tapi tak berani lah dengan budak-budak ni, aktif betul. Risau tak leh jaga dorang, so kita tengok ajeler orang mandi, lagi pun baru lepas mandi manda di Dino Waterpark JB sebelum singgah ke sini.

Continue reading “Lepak Sepetang Di Teluk Kemang Port Dickson”