Blogger untung RM1 Juta

Salam semua, pagi nie buka Berita Harian Online, macam biasa nak baca berita, pergh!!! ternganga ko baca Tajuk Muka Hadapan di Mingguan Berita Harian Online yang bertajuk “Blogger untung RM1 Juta” dengan berblog je tu, siapalah blogger yang untung 1 Juta tu ye?? dan macam kenal gambar kat muka hadapan tu, muka yang di kenali ramai, blogger popular siapa lagi kalau bukan Redmummy aka Kak Red.

redmummy.com

Tengah syok baca, scroll kebawah, aiseh….”Berita lanjut dapatkan naskhah Berita Minggu hari ini” saje je Berita Harian nie nak suruh beli paper…ehehe ok later cerita, nak zaassss gi cari Berita Mingguan 🙂

.

Nota Yanmie : Hebat tengok income KakRed pernah cecah RM12K sebulan 🙂

Redmummy jadi mewah dengan menulis blog

Salam semua, Akhbar Harian Metro hari nie ada menulis tentang Redmummy atau lebih mesra dengan panggilan KakRed dikalangan rakan-rakan. Mesti semua orang tahukan siapa dia Redmummy? siapa lagi kalau bukan salah blogger terkenal di negara kita Malaysia. Yan memang kagum dengan kakRed, Yan kenal KakRed masa dia guna blogspot lagi dulu, www.redmummy.blogspot.com malah blog tersebut masih wujud, katanya sayang nak delete…ehehe 🙂 Yelah banyak kenangan dalam blog tersebutkan, malah dengan blogspotlah KakRed mula berbelog.

Yan selalu baca blog KakRed, maklumlah blog wajib Yan buka tiap kali online. Paling best layan gambar-gambar dalam blog KakRed, Baru nie tengok gambar masa Project Alpha hari tu, tersangkut jugak muka si aie aka Darkbatman, glemer sekejap kawan nie..hehehe, “See betulkan Aie, KakRed tu tak sombong” sebabnya kadang Yan bertweet jugak dengan KakRed, memang dia balas je. Tapi pelik kenapa ramai yang kata KakRed sombong..hem, Jangan mengata orang dari luaran tapi tengok dalaman 🙂

Continue reading “Redmummy jadi mewah dengan menulis blog”