Daging Masak Merah Untuk Si Abang

Salam,¬†Daging Masak Merah Untuk Si Abang adalah menu kegemarannya, kalau gi shopping beli barang dapur, lalu kat lauk-lauk basah tu, mesti dia akan cakap “Ibu, Ayah…beli Daging..” kehkehkeh suka sangat dia makan daging tau~

daging masak merah

Dia tak kisah daging tu masak macam mana, janji sedap dan daging tu tak liat memang menambah-nambah dia makan, layankan jelah selera dia, lagi pula bukan hari-hari masak daging ni, seminggu sekali aje, oklah kot, bukan apa risau juga banyak sangat makan daging pun tak elok juga.

Continue reading “Daging Masak Merah Untuk Si Abang”

Resepi Daging Masak Kicap ala Yanmie

Salam semua, selamat berhujung minggu yea semua, mesti ramai yang tengah sibuk-sibuk nak pergi open house tu, takpe biarkan…ehehe bukan selalu kan, oklah nak cerita pasal Resepi Daging Masak Kicap ala Yanmie, wah!! yelah Daging Masak kicap nie betul-betul dapat sambutan masa Makan-makan di Teratak Yanmieonline.com hujung minggu lepas, sampaikan ada yang termimpi-mimpi daging masak kicap tu *ye..ye je bebudak twitter nie* diorg siap puji bukan ke main lagi kat twitter tu pasal daging masak kicap nie..ehehe, pandai korang ye bodek!

daging masak kicapSehinggakan ada yang tegur kata daging nie lembut, empuk, gebu sangat…dia punya lembut tu macam makan ikan punya lembut…hahaa..see pandaikan diorang puji!, so kebetulan ramai yang membaca tweet diorang pasal Daging masak kicap nie, kawan-kawan kat YM, Twitter, dan komen kat entry¬†Makan-makan di Teratak Yanmieonline.com pun nak Yan sharekan kat blog, *amboi yanmie…macamlah ko pandai sangat masak*

Continue reading “Resepi Daging Masak Kicap ala Yanmie”