Duit Kertas Baru Ringgit Malaysia – RM20

Salam, dah tengok dah Duit Kertas Baru Ringgit Malaysia yang akan di keluarkan pada Julai tahun depan, comel sangat, seragam dah semua designnya, yang bestnya duit kertas RM20 kini diperkenalkan semula, warna kuning gitu heeee comel ^____^

duit kertas baru

Note Baru Ringgit Malaysia, gambar mstar

Duit RM1, Rm5, RM10, RM50 dan RM100 masih lagi di kekalkan warnanya, manakala RM20 diperkenalkan semula, terdahulu (tak ingat tahun bila, tapi dah lama sangat) duit kertas RM20 kalau tak silap berwarna putih coklat, kini ianya keluar dengan warna kuning, tak sabar nak pegang duit baru RM20 tu kikiki.

– Serius berkenan pulak saya dengan duit RM20 tu ^_____^

Wang Kertas RM 20 Kembali Diperkenalkan Pada Awal Tahun 2012

Salam, wah baru baca tengahari tadi di mstar.com.my yang mana mengatakan bahawa wang ringgit malaysia RM20 akan diperkenalkan semula oleh Bank Negara Malaysia pada awal tahun hadapan 2012.

ringgit malaysia rm20

Gambar Wang Kertas RM 20 semasa 1982-1995

Dikatakan rekaan duit kertas rm20 ini menonjolkan hiasan tradisional Malaysia dan gambar ibu pejabat Bank Negara di muka bertentangannya. tak sabar pulak nak tunggu keluaran baru RM20 ini.

Nota Yanmie : En.M sudah mari….kikiki~~