Cuti-Cuti Di Kota Kinabalu Sabah

Assalam, cuti sekolah haritu kami Cuti-Cuti Di Kota Kinabalu Sabah, saya ni nama aje orang Sabah, tapi boleh dikira dengan jari berapa kali jejakkan kaki di Kota Kinabalu heheee. Last pergi masa tahun 1999 time tu tunggu keputusan SPM, gila lama dah kan hehehe, so dah cuti-cuti sekolah tak tahu nak bawa anak bercuti kemana, timbul idea nak bawa dorang jalan-jalan di Kota Kinabalu pula

Time ni takde tiket murah, redah ajelah hahaha, harga tiket dah boleh melancong ke luar negara huuuu, takpelah bukan selalu. asalkan big bos nak belanja hehehe. kami kat sana 4 hari 3 malam, kami naik flight dari sini pagi, perjalanan mengambil masa dalam 2 jam aje gitu.

kapal terbang air asia

Penginapan dan kereta sewa dah dibooking siap-siap 4 hari sebelum berlepas, alhamdulillah baik tuannya, servis terbaik. lupa pula nama ownernya, cuma yang ingatnye dia seorang ustazah, kalau jumpa detail nanti kita share ye.

Continue reading “Cuti-Cuti Di Kota Kinabalu Sabah”

Pesawat MASWings Twin Otter MH3002 Terhempas Di Kudat Sabah

Pesawat MASWings Twin Otter MH3002 Terhempas Di Kudat Sabah, kejadian berlaku sekitar pukul 2.50 petang tadi, mengikut laporan dari BERNAMA, tiada kematian dilaporkan setakat ini, harapnya begitulah. Gambar Pesawat MASWings Twin Otter MH3002 Terhempas Di Kudat Sabah, sumber dari rakan Twitter.

maswing terhempas di kudat

Kesemua 16 orang penumpang berjaya dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Kudat untuk pemeriksaan, – Mstar.com.my

Continue reading “Pesawat MASWings Twin Otter MH3002 Terhempas Di Kudat Sabah”

Fenomena Kejadian Air Laut Merah / Red Tied Di Sabah

Salam, baca BeritaHarian dan blog kawan katanya Fenomena Kejadian Air Laut Merah / Red Tied Di Sabah akan melanda di kawasan Perairan Pantai Kota Kinabalu Sabah, antara kawasan yang dikesan iaitu di Perairan Laut Pulau Gaya, Teluk Sepanggar, Persisiran Pantai Likas, Yayasan Sabah serta beberapa lagi kawan lain yang terlibat.

Red Tide aka air merah di sabah

Gambar : Google Img

Untuk warga sabah yang tinggal dikawasan tersebut, buat masa ini adalah tidak selamat untuk memakan makanan laut seperti ikan-ikan dan cengkerang, kerana ikanya dikhuatiri dicemari, tetapi makanan laut dari laut dalam seperti udang dan sotong masih boleh dimakan, pastikan ianya dibasuh dengan bersih dan dibuang organ dalamannya.

Continue reading “Fenomena Kejadian Air Laut Merah / Red Tied Di Sabah”

Taman Buaya Sandakan Sabah

Salam, hari tu semasa balik kampung di Sandakan, saya dan suami sempat bawa anak-anak pergi ke Taman Buaya di Sandakan, last kami suami isteri kesini semasa inai masih merah dijari, bawa family saya dan family en.hubby, dan kali nie bawa anak-anak kami heeee ^____^

taman buaya sandakan

Seronok sangat dapat bawa anak-anak kesini, diorang siap tanya kenapa buaya-buaya tu semua macam dah mati, tak bangung-bangun, siap nak kejutkan lagi buaya tu, huhhhh naik menjerit jugalah saya nie sebab takut anak-anak nak kejutkan buaya tu, nak siap nak buat bising…urghhh ngeriii dowh!!!, opssss yang atas tu bukan buaya  betul yea ^___^.

Continue reading “Taman Buaya Sandakan Sabah”

Batu Sapi Sandakan – Sabah

Salam, tak sabarnya nak undi di Parlimen Batu Sapi sandakan, harap-harap kali ini rakyat dapat memilih calon yang betul-betul boleh memerintah bahagian tersebut, mesti seronok tengok suasana undi di kampung, alahai mampu tengok dari jauh je, tetiba rindu kampung halaman di Batu Sapi, Sandakan, Sabah 🙂

batu sapi

Batu inilah simbolik kepada nama kampung Yan iaitu Batu Sapi yang kononye seakan-akan bentuk sapi…ehehe dan jangan tanya Yan ye kenapa digelar sebagai bentuk sapi, sedangkan macam badak pun ada…hahhaaa 😛 tu orang dulu-dululah yang istilah kan, tapi mungkin jugak ada sejarahnya yang tersendiri, dengar-dengar sapi kena sumpah jadi batu..hem ntah ler…abaikan je…kikiki

Continue reading “Batu Sapi Sandakan – Sabah”

ICity Shah Alam lagi

Salam semua,  baru nie ayah datang dari sabah so bawa dia jenjalan ke I-City Shah Alam memandangkan ayah tak lama di sini dan ayah jugak dah balik sabah masa ahad lepas, kiranya duk sini tak sampai pun seminggu, cuma beberapa hari sahaja…huhuhu, nak buat macam mana ada perkara lebih penting di sana, so tak boleh nak cuti lama-lama, ayah datang sini pun atas urusan rasmi, alhamdulillah bila urusan dah setel Yan terus amikkan ayah tiket flight..oklah cekidaut gambar yang sempat Yan snap masa pergi ICity bawa ayah dan adik lelaki Yan sekali, dan ini merupakan kunjungan ke 2 Yan dan family ke ICity nie.

icityEn.hubby, Ayah tercinta, Adik dan anak-anak 🙂

Continue reading “ICity Shah Alam lagi”

Cicak Tokek aka Cicak Gergasi jadi buruan

Salam semua, semalam Yan ada kelas Belajar Memandu macam biasa. sebelum itu Yan ada terdengar perbualan instructor2 kat institut memandu pasal laporan akhbar mengenai Cicak Tokek ataupun dengan nama lain Cicak Gergasi, so Yan pun pasanglah jugak telinga..ehehe

Cicak Tokek aka Cicak Gergasi – harga mencecah puluhan ribu

So balik rumah je terus yan google pasal Cicak Tokek nie, apa yang menariknya tentang cicak tokek nie? Yan sendiri pun tak pernah dengar nama cicak tokek nie. meh Yan kongsikan ngan korang semua yea info pasal cicak tokek nie.

Continue reading “Cicak Tokek aka Cicak Gergasi jadi buruan”

Contest Teka Hari Lahir – Hadiah dari Sabah

Salam semua, Yan berblogging dari kampung halaman tercinta di sandakan, SABAH. hem…sebenarnya banyak yang Yan nak share ngan korang tapi payahlah pulak nak upload gambar sebabnya kat lappy kakak nie takde pun apa-apa software photo editor, kalau nak buat online boleh je tapi tulah lambat pulak nak loading..huhu, maklumlah guna beruk celcom je kat sini tapi syukur masih boleh online.

memandangkan Yan balik SABAH lagi, so Yan dengan besar hati nak kasik hadiah dari SABAH untuk korang. Caranya senang dan mudah aje, cuma perlu meneka sahaja. Takperlu buat entry ke apa..cuma teka tarikh lahir adik Yan, Ifah namanya.. yang baru sahaja menyambut ulang tahun hari lahirnya yang ke 23 tahun pada bulan ini (Mac).

Inilah dia adik ke 4 Yan, namanya Ifah masih single…ahaks..kalau korang terer sila teka bilakah tarikh lahir ifah??

Hadiah diberikan pada 2 peserta yang berjaya meneka dengan awal dan tepat sahaja. hanya 1 kali tekaan sahaja di terima untuk 1 orang peserta.

Continue reading “Contest Teka Hari Lahir – Hadiah dari Sabah”

Kini di awan biru – Sandakan tunggu kami datang

Gambar pinjam dari SINI

Salam buat semua, saat korang baca entry ini…Yan bersama hero-hero kini berada di awan biru, Flight kami tadi pukul 3.25ptg dari KLIA dan dijangka tiba pada pukul 6.00ptg di Sandakan SABAH. Doakan perjalanan kami selamat yea…

Nota kaki: Ini adalah entry auto publish!

Akademi Fantasia 8 – Ok Bah Kalau Kau

Salam all, dalam kesibukan hari nie yan curi-curi masa jugak untuk mengupdate blog ini, maklumlah besok nak balik kampung so nak persiap apa yang patut. Ok hari nie nak cerita pasal Akademi Fantasia 8.

Sebenarnya Yan tak amik langsung pun perkembangan Akademi Fantasia 8 nie, Tirai AF pun takde tengok…malah langsung tak tau pun apa-apa pasal AF nie, sehinggalah semalam tengok Diary AF itupun secara kebetulan.

Continue reading “Akademi Fantasia 8 – Ok Bah Kalau Kau”