Buat Passport Untuk Anak

Assalam, baru-baru ni hakak balik kampung, jadi ambil kesempatan terus untuk buat Passport, bukan apa hakak ni lahir di Sabah, jadi lebih baik dan mudah prosesnya bila hakak buat di Sabah, ini kerana Sabah mempunyai Akta undang-undang sendiri untuk Imigresen. Bukan tak boleh buat di Semenanjung ni, cuma prosesnya agak rumit, memakan masa lebih kurang 1-2 minggu juga coz Imigresen sini akan rujuk semula juga ke Sabah.

imigresen sandakan sabah

So dah balik ni kita buatlah terus, memandangkan dah ada hint-hint bigbos nak bawa kami bercuti “Oversea”, Oversea lah sangat kan HAHAHAHA, ala buat je dulu, nanti bebila nak pegi terus je beli tiket, big boss tu selalu sangat bagi kejutan, tau-tau suh booking percutian heheee

Continue reading “Buat Passport Untuk Anak”

Fly Dengan Anak-anak

Baru-baru ni fly dengan anak-anak, waaa mencabar juga ni fly tanpa encik suami. mana taknya yang kecik ni dah ada seat sendiri, almaklumlah dah besar gitu, tiket dah harga tiket dewasa, takde dah tiket bayi, so happy lah dia kan dapat seat sendiri takyah nak pangku lagi dah 😀

Nak dijadikan cerita, kejap-kejap nak buka tali pinggang uwaaaa…tak mahu duduk diam, nak buka nak bangun berdiri nengok orang, sabar jeler. masa dari KL – SDK tu lah rasa mencabar, dengan-dengan aku ni cakap tak berenti dalam flight tu, buat malu je HAHAHAHAHA, saje tau budak kecik ni.

Continue reading “Fly Dengan Anak-anak”

Taman Buaya Sandakan Sabah

Salam, hari tu semasa balik kampung di Sandakan, saya dan suami sempat bawa anak-anak pergi ke Taman Buaya di Sandakan, last kami suami isteri kesini semasa inai masih merah dijari, bawa family saya dan family en.hubby, dan kali nie bawa anak-anak kami heeee ^____^

taman buaya sandakan

Seronok sangat dapat bawa anak-anak kesini, diorang siap tanya kenapa buaya-buaya tu semua macam dah mati, tak bangung-bangun, siap nak kejutkan lagi buaya tu, huhhhh naik menjerit jugalah saya nie sebab takut anak-anak nak kejutkan buaya tu, nak siap nak buat bising…urghhh ngeriii dowh!!!, opssss yang atas tu bukan buaya  betul yea ^___^.

Continue reading “Taman Buaya Sandakan Sabah”

From Sandakan With Love

Salam, alahai godek-godek kamera dan handphone, rupanya tak banyak picca yang diambil semasa balik kampung hari tu, maklumlah agak sibuk dengan raya sampai tak ingat nak snap picca, uhukkkk. Layankan jelah gambar yang ada kat bawah nie, Sandakan tanah tumpahnya darahku ^__^

sandakan

Gambar nie betul-betul kat area Bandar Sandakan, memang sesak sangat.

Continue reading “From Sandakan With Love”

Terbang Bersama AirAsia Ke Sandakan

Salam, saya masih kurang sihat, laptop on awal pagi tadi tapi tak sentuh pun, last-last haziq offkan laptop hehe. Now alhamdulillah diberi sedikit kekuatan untuk mengupdate blog ini, entry ini dah agak basi sikit, entry yang sepatutnya saya publish 29 ogos yang lepas, dimana kami Terbang Bersama AirAsia Ke Sandakan untuk menyambut Hari Raya di Kampung halaman saya. Layan gambar jelah, sayang pula gambar yang ada tidak di abadikan disini ^___^.

lcct

Kaunter Informasi

Continue reading “Terbang Bersama AirAsia Ke Sandakan”

Bayaran Berniaga Di kaki Lima Di Sandakan Kekal 50 Sen

Salam semua, fuh penat baru balik dari kedah terus on lappy..hahaa tegar tak tegar, selama 4 hari berada disana memang online dari handphone aje, siap buat live posting lagi, oklah nak entry pasal tajuk kat atas tu, biar betul bayaran berniaga di kaki lima di Sandakan di kekalkan sebanyak 50 sen? hem…jom ikuti laporan berita dari Mstar.com.my

sandakan

Google Images – Sumber SINI

Kerajaan Sabah mengekalkan bayaran berniaga di kaki lima di sini pada 50 sen bagi setiap kaki persegi, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Hajiji Noor.

Continue reading “Bayaran Berniaga Di kaki Lima Di Sandakan Kekal 50 Sen”

Batu Sapi Sandakan – Sabah

Salam, tak sabarnya nak undi di Parlimen Batu Sapi sandakan, harap-harap kali ini rakyat dapat memilih calon yang betul-betul boleh memerintah bahagian tersebut, mesti seronok tengok suasana undi di kampung, alahai mampu tengok dari jauh je, tetiba rindu kampung halaman di Batu Sapi, Sandakan, Sabah 🙂

batu sapi

Batu inilah simbolik kepada nama kampung Yan iaitu Batu Sapi yang kononye seakan-akan bentuk sapi…ehehe dan jangan tanya Yan ye kenapa digelar sebagai bentuk sapi, sedangkan macam badak pun ada…hahhaaa 😛 tu orang dulu-dululah yang istilah kan, tapi mungkin jugak ada sejarahnya yang tersendiri, dengar-dengar sapi kena sumpah jadi batu..hem ntah ler…abaikan je…kikiki

Continue reading “Batu Sapi Sandakan – Sabah”

From Sandakan With Love

Salam semua, entry nie adalah entry personal, agak lama rasanya tak post entry personal nie dan entry ini adalah entry tertangguh, maklumlah takboleh nak upload gambar sebabnya Handset Yan masuk kedai untuk di baik pulih, tetiba lah pulak last day masa kat kampung hari tu handset tetiba takde couverage, bila charge dia kata bateri tu bukan bateri handset tersebut…huhu konfius sekejap.

So balik sini baru lah handset Yan di hantar ke kedai Sony Ericsson, Syukur 2 hari je menunggu dan semalam en.hubby dah pegi ambik kat kedai Sony Ericsson, rupanya handset Yan tu masalah software aje, so pihak Sony Ericsson dah update software, jadinya settle dan boleh lah buat entry tertangguh nie…hehehe, layan gambar jelah yea…

Gambar nie masa kat Jabatan Pendaftaran Negeri Daerah Sandakan (JPN). Atas urusan inilah Yan bergegas balik kampung. Jangan tanya masalah apa, sebab kalau cerita boleh panjang lebar ok!. So abaikan aje yea…hehehe

Continue reading “From Sandakan With Love”

Ondeway kat atas plane

Salam semua, saat entry ini korang baca..Yan dan anak-anak kini berada di awan biru, flight dari SANDAKAN ke KLIA pukul 6.25 petang tadi dan insyallah kalau tiada apa-apa kami di jangka tiba di KLIA pada pukul 9.25malam.

Doakan mudahan perjalanan kami di permudahkan dan selamat tiba di KLIA…

sekian…*ekekeke..cam buat surat lak* hehehe…

Contest Teka Hari Lahir – Hadiah dari Sabah

Salam semua, Yan berblogging dari kampung halaman tercinta di sandakan, SABAH. hem…sebenarnya banyak yang Yan nak share ngan korang tapi payahlah pulak nak upload gambar sebabnya kat lappy kakak nie takde pun apa-apa software photo editor, kalau nak buat online boleh je tapi tulah lambat pulak nak loading..huhu, maklumlah guna beruk celcom je kat sini tapi syukur masih boleh online.

memandangkan Yan balik SABAH lagi, so Yan dengan besar hati nak kasik hadiah dari SABAH untuk korang. Caranya senang dan mudah aje, cuma perlu meneka sahaja. Takperlu buat entry ke apa..cuma teka tarikh lahir adik Yan, Ifah namanya.. yang baru sahaja menyambut ulang tahun hari lahirnya yang ke 23 tahun pada bulan ini (Mac).

Inilah dia adik ke 4 Yan, namanya Ifah masih single…ahaks..kalau korang terer sila teka bilakah tarikh lahir ifah??

Hadiah diberikan pada 2 peserta yang berjaya meneka dengan awal dan tepat sahaja. hanya 1 kali tekaan sahaja di terima untuk 1 orang peserta.

Continue reading “Contest Teka Hari Lahir – Hadiah dari Sabah”