Mengandung Anak Ke 4

Bismillahirrahmanirrahim…gila lama tak update blog, 29 hari tak update okeh! hihihi tudiaaa betul-betul mood kelaut sungguhlah. Ok saya ada berita gembira, Alhamdulillah saya disahkan Mengandung Anak Ke 4, syukur rezeki ALLAH beri, suka sangat.

clearblue digital

InsyaALLAH due 18.01.2015

Sejujurnya kami suami isteri tidak merancang, kami memang dah bersedia mental dan fizikal untuk menerima seandainya ALLAH ingin memberi kami lagi rezeki anak, buat apa merancang lama-lama, rugi masa, itulah yang saya rasa masa mengandungkan baby Irfan, jarak usia Baby Irfan dan Angah 6 tahun, begitu jauh jaraknya, sedikit kesal.

Continue reading “Mengandung Anak Ke 4”

Scan Baby 3D4D

Saya kini berusia hampir memasuki 28 minggu dalam kandungan Ibu, insyaallah lebih kurang 12 minggu lagi saya dah boleh jumpa Ibu, Ayah, Abang Long, Abang Ngah…wahhh!!! tak sabarnyaaa nak jumpa orang-orang tersayang semua, doakan agar Ibu senantiasa sihat dan adik selamat dilahirkan, aminnn.

scan 3d4d

Pakar Sonografer cakap, hidung saya mancung macam ayah ^___^

Hari tu 13/9/2012 Ibu, Ayah dan abang2 adik pergi ke klinik untuk skodeng adik melalui scan 3d4d, eeiyyyy happy sangat-sangat tau sebab diorang tak sabar nak tengok adik lahir kedunia ini. Sepanjang perjalanan ke Klinik kat Sri Kembangan tu, adik tak tidur pun, adik bergerak aktif dalam perut Ibu, saje nak buat Ibu teruja, lagi pulak Ibu usap perut then cakap kat adik “Baby…please nanti jangan tidur yea, ibu, ayah dan abang-abang nak tengok muka baby”, sebab tu adik tak tidur, adik juga teruja dengan scan kali ini sebab ini adalah pertama kali Ayah melihat adik dalam rahim ibu ^___^

Continue reading “Scan Baby 3D4D”

Klinik Kesihatan Bandar Botanik Klang

Salam, yeayyy akhirnya dah merajinkan diri pergi ke Klinik Kesihatan Bandar Botanik Klang untuk membuat buku merah atau lebih dikenali sebagai buku ibu mengandung. 5 tahun juga tak ke klinik mengandung ni heheee, kali ni nampaknya makin keraplah saya berkunjung ke klinik kesihatan ni, insyaallah.

klinik kesihatan bandar botanik klang

Klinik Kesihatan Bandar Botanik Klang ni takdelah jauh manapun, dalam 5 minitlah dari rumah kalau naik kereta, bersebelahan sahaja dengan Aeon Jusco Bukit Tinggi Klang, lepas check up boleh gi shopping hahahaha.

Continue reading “Klinik Kesihatan Bandar Botanik Klang”

Saat Melihat Jantungnya Berdegup

Salam, baru ni gi buat checkup kat klinik private, tah bilalah nak rajin gi buat buku merah tu hiks, so far check kat private dulu coz malas nak menunggu lama kat klinik tu huhuhu, so baru ni doktor buat ujian ultrasound untuk mendapatkan ukuran baby sama ada sama dengan tarikh last period untuk menentukan end due date.

ultrasound

Macam biasa baring, berdebar-debar nak tengok baby dalam perut, Saat Melihat Jantungnya Berdegup seakan mengalir air mata, ye air mata kegembiraan, Ya Allah syukur alhamdulillah atas rezeki pemberianmu ini, setiap degupan jantung baby masih terlihat di pandangan, betapa besarnya ciptaanmu Ya Allah.

Continue reading “Saat Melihat Jantungnya Berdegup”