Terkini! Sein Dan Nana Rujuk Semula

Salam semua, Wah hepinya rasa hati bila baca laporan kat murai.com.my yang mengatakan Sein Ruffedge dan Nana kini dah rujuk semula pada minggu lalu (Jumaat) setelah berpisah selama 3 bulan. Mereka berdua mengambil keputusan untuk hidup bersama semula setelah menyedari mereka masih saling menyanyangi, memerlukan antara satu sama lain dan masih ada rasa cinta, begitu juga demi anak-anak.

sein dan nana

Jelas Nana, sepanjang tempoh perpisahan tersebut, Menganggap apa yang berlaku sebagai satu pengajaran dan ia banyak mengajar mereka berdua tentang erti kehidupan. Alhamdulillah…tumpang gembira untuk mereka berdua.

 

Continue reading “Terkini! Sein Dan Nana Rujuk Semula”

Juara Sehati Berdansa 3 – Sein dan nana bercerai

Salam semua, baru baca kat mstar.com.my dan tweet dari mstar tadi, alahai tak sangkanya pasangan romantik juara sehati berdansa musim ke 3 bercerai pulak, cukup minat dengan pasangan ini, tapi siapa tahu jodoh, ajal dan maut semuanya di tangan Allah, kita hanya mampu merancang tapi Allah jua yang menentukannya, tapi kita mesti berusaha untuk merubahnya.

sein & nana

Terjah Blog Nana dan Sein

Juara rancangan realiti Sehati Berdansa musim ketiga, Sein dan Nana (gambar) sah bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Rabu. Sein,27, yang merupakan anggota kumpulan Ruffedge melafazkan talak pada pukul 2.45 petang selepas mahkamah membenarkan permohonan yang difailkan Nana.

Klik SINI untuk memiliki Laptop Acer Aspire One secara PERCUMA!!

Nota Yanmie : Moga masih terus bersahabat demi anak-anak 🙂