MotoGP Sepang 2016

Assalam, hahhaa aduhh basi dah kot cerita ni baru ada kerajinan nak entry, layankan jelah hehee. Wah lama gila daku tak jejak kaki kat Sepang tu sejak ada baby kecik ni ahahaha, last pegi sana MotoGP 4 tahun lalu, kesian kan? tu pun kena duduk dalam surau sebab Irfan time tu belum sampai setahun, dia takut dengan bunyi bising HAHAHHA, sabar jeler.

motogp sepang 2016

Lepas dari tu memang takde dahlah pergi motoGP sepang tu, pergi pun ada lah 1-2x kot untuk Saturday Night Fever huahua, dan selalu kalau pegi pun anak-anak dengan pak dorang je, daku tinggal kat rumah dengan baby hehee, lagipun ada baby ni jadi malas nak ikut, kang duduk dalam surau lagi, tapi kali ni en.laki beli tiket lebih, bawa kita sekali hehee, bawa juga baby ni, abistu takkan nak tinggal kan, plus baby Haiqal ni memang minat oooo dia dengan race ni, kalau buka tv kemain lagi terujanya, semua anak pun macam tu punya minat sama dengan bapak dorang.

Continue reading “MotoGP Sepang 2016”

Super GT 2012 Sepang Malaysia – Jom Race!

Salam, punyalah lama baru nak upload gambar hehee, dah nak seminggu Super GT 2012 Sepang Malaysia berlangsung, kehkeh apa boleh buat tuan punya blog baru rasa nak rajin sikit, nnnggeee~ layan dulu gambar-gambar kereta beraksi, gambar lain nanti saya update kemudian.

Super GT 2012 Sepang Malaysia

Asah skill fotografi tapi memang masih banyak kelemahan yang ada, lebih-lebih lagi dah lama tak sentuh DSLR, so terasa kekok semula hahahaa, takpelah slow-slow kayuh semula, jangan pernah berhenti belajar, tak gitu?

Continue reading “Super GT 2012 Sepang Malaysia – Jom Race!”

Super GT International Series Malaysia 2011 Sepang

Salam, hujung minggu ini ada Super GT International Series Malaysia 2011 Sepang, so sesiapa yang takde aktiviti wiken bolehlah kesana untuk menyaksikan Super GT, kami sefamily sudah semestinya akan kesana macam biasa…kikiki.

super GT

Super GT Malaysia 2011 18/06/2011 (Sabtu) dan 19/06/2011 (Ahad)

Kalau korang pembaca setia blog ini sudah tentu korang tau kan minat kami sefamily, sudah pastinya minat kepada permotoran, semua race2, drag, drif memang kami layan, tak kira berapa mahalnya tiket tersebut, kerana yang penting kepuasan tu ada, oppss!!! tapi F1 belum pernah pergi lagi..ehehe tiket mahal sangat, sebab kalau nak pergi sure nak duduk kat Grandstand, en.hubby tak minat duduk kat bukit-bukit tu..kikiki, sudahnya layan kat TV je F1 tu..heee

Continue reading “Super GT International Series Malaysia 2011 Sepang”

Layan MotoGP Sepang 2010

Salam semua, semalam kami sekeluarga pergi ke litar sepang untuk menyaksikan perlumbaan MotoGP 2010, seperti biasa memang best sangat-sangat, macam-macam ragam orang, kali nie sangat enjoy sebabnya Rossi winner…ehehe, ramai yang seronok sangat! sorak sana-sini memang sengit betul. Jom layan gambar ye, nak cerita panjang sangat, biarlah gambar-gambar nie yang menceritakan situasi semalam semasa berada di Litar Sepang…cewah!!

tiket motogpSampai-sampai kat sana, tudia punyalah susah nak cari parking, berjalan kaki dekat 2km jugak, sila percaya sampaikan kasut yang Yan pakai tu boleh terputus..wakaka sib baik dalam keta ada kasut spare, kalau tidak harus berkaki ayam je…kah3, tiket atas tu untuk kami bertiga…oh ye semalam jugak bawa sekali adik lelaki Yan, tu pasal ada 3 tiket…ehehe kami duduk kat main grandstand, harga tiket dah naik wooo, tahun lepas tak silap rm80 je, tahun nie rm 102.00 untuk 1 tiket, hem takpelah bukan selalu nak layan, minat punya pasal ok je 😛

Continue reading “Layan MotoGP Sepang 2010”

Jom Ke Sepang tengok F1

Salam semua, Wah hari nie mesti ramai yang berpusu-pusu pergi tengok Perlumbaan kereta F1 di Litar Sepang kan?? Kali nie Yan dan family tak pergi pun tengok, tiket mahal seh! kalau tiket setakat tiket MotoGp, GTJapan, Sprint Test dan yang sewaktu dengannya mampulah nak beli, maklumlah kalau pergi tengok race kat Sepang tu mesti nak duduk kat Main Grandstand baru puas hati, so F1 nie memang tak mampu nak beli tiket ribu riban untuk duduk kat Main Grandstand tu, jadiknya nak selesa sangat tengok depan TV kat rumah sambil makan cikedis…hahaha, memang takde aktiviti hari nie. Layan F1 kat Astro je *Ra rabbi ini pun dan best sangat!*.

Sekadar Hiasan, Gambar Aiman masa kami pergi tengok MotoGP kat sepang di apit oleh gadis litar, auuww gambar harus sensor untuk menjaga kesucian blog ini..ekekeke

Continue reading “Jom Ke Sepang tengok F1”