She Wolf The Last Sentinel – Episode Akhir

Salam semua, semalam merupakan episode akhir bagi drama She-wolf di TV3, nak update dari semalam lagi tapi mood nak menulis kelaut..ehehe, tapi yang  pastinya ramai berpuas hati dengan ending she wolf nie, tak sia-sia tengok dari awal, sehinggakan ada peminat-peminat dari drama tersebut membuat fans facebook She Wolf Malaysia. korang yang tak tengok memang rugi…kikiki

Ekoran sambutan yang luar biasa di Filipina, “SHE – WOLF” telah memenangi Anugerah Drama Rantaian Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik (Piolo Pascual) di Star Awards for Television 2008. “SHE – WOLF” juga dipilih sebagai program TV yang paling digemari di Anugerah Anak TV Seal 2008 dan dinobatkan Drama Bersiri Terbaik di Anugerah Gawad Tanglaw 2008. Selain itu, “SHE – WOLF” juga terpilih sebagai Telenovela Terbaik di Festival BANFF World Televisyen 2009 yang merupakan satu-satunya pencalonan drama bersiri dari Filipina yang bertanding dengan 800 pencalonan dari 29 buah negara lain.

Continue reading “She Wolf The Last Sentinel – Episode Akhir”

Telenovela She Wolf di TV3

Salam semua, hari nie Yan nak share pasal cerita di TV3 slot Telenovela yang bertajuk She Wolf, cerita nie best jugak bila lama-lama Yan tengok, masa mula-mula macam biasa je, tak nampak pun apa menariknya, tapi bila watak JayJay dan Ulay dah besar memang suka tengok sebabnya hero dan heroin memang cun! Yan nie suka tengok pelakon dulu, kalau hensem ke cantik ke baru tengok..hahaha, adakah pulak macam tu kan? yelah bila mata dan sedap memandang benda yang indah-indah barulah dapat fokus pada jalan cerita.

Drama Slot TelenovelaSHE – WOLF, The Last Sentinel” telahpun di tayangkan pada 23 Mac 2010, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 3.00petang. Menurut sumber yang Yan baca dari Blog Budiey yang mana Drama bersiri terbaik terbitan ABS-CBN Broadcasting Corporation telah pun mendapat sambutan yang sangat baik di Negara Fhilipina, yang mana membariskan pelakon-pelakon yang begitu berbakat dari Filipina seperti Angel Locsin, Piolo Pascual, Shaina Magdayao, Ryan Eigenmann, Pilar Pilapil, Agot Isidro dan ramai lagi.

Continue reading “Telenovela She Wolf di TV3”