Drama Rindu Bertamu di Abu Dhabi – Slot Akasia TV3

Salam, dah nak habis dah drama slot akasia tv3 Setia Hujung Nyawa, dan Drama yang bakal menggantikannya iaitu Drama Rindu Bertamu di Abu Dhabi, seminggu ni asyik duk tengok promo drama ni, nampak macam best, sukalah tengok Tasha Shila bertudung dalam drama ni, cantik sangat.

Drama Rindu Bertamu di Abu Dhabi

Drama terbitan Zeel Production ini membariskan pelakon seperti Fahrin Ahmad sebagai Firdaus, Tasha Shila sebagai Ain, Shaz Jaszle, Fouziah Gous, Aiman Hakim Ridza dan ramai lagi.

– Sama-sama kita saksikan drama ni nanti, sinopsis later saya update ^__^

Drama Dejavu Di Kinabalu Di Slot Akasia TV3

Salam, menarik juga Drama Dejavu Di Kinabalu Di Slot Akasia TV3 kan? drama romantik ini di dibintangi oleh pelakon Aqasha, Tizz Zaqyah, Rebecca Nur Al-Islam, Nazim Othman dan ramai lagilah, Drama ini juga diarahkan/skrip oleh Eirma Fatimah, selalunya drama arahan dari Erma Fatimah memang best-best, saya suka drama-drama dari beliau.

dejavu di kinabalu

Kalau baca pada Sinopsis Kinabalu Di Kinabalu ni macam best, ala-ala drama korea tajuk apatah dah lupa, tapi tak sabar nak tengok episode seterusnya, pasti best!, layan sinopsis jom!

Continue reading “Drama Dejavu Di Kinabalu Di Slot Akasia TV3”

Drama Seindah Sakura Di Slot Akasia TV3

Update : Drama ini mungkin akan ditayangkan selepas drama Cinta Buat Emelda

Salam, eh rasanya baru je Drama Atas Nama Cinta Slot Akasia TV3 ditayangkan, dah ada keluar pulak cerita tentang Drama Seindah Sakura yang menemui penonton di slot akasia nanti, cepat betul diorang ni dapat hidu drama baru ye hahaha.

drama seindah sakura slot akasia tv3

Sebenarnya elok juga strategi promosi awal-awal ni, nanti boleh buat penonton ternanti-nanti, lagi pulak pelakon Drama seindah sakura ni boleh tahan juga sebab ada Fasha Sandha, ohhhh ok tetiba teringat Drama Chinta lakonan Fasha hari tu, memang best!, saya ni takdelah minat sangat pun dengan dia, cuma kadang-kadang lakonan dia tu yang menjadi dan menbuatkan rasa hati tak nak ketinggalan nak tengok 😀

– Nak baca Promo Drama ni boleh baca kat blog PuanBee

Drama Tentang Dhia Di Slot Akasia TV3

Salam, nampaknya drama soffiya semakin sampai ke kemuncaknya, promo drama baru bagi menggantikan drama soffiya pun dah keluar kat tv iaitu Drama Tentang Dhia yang mengisi Slot Akasia TV3 bermula pada 9 November 2011 ini.

tentang dhia

Drama ini dilakonkan oleh barisan pelakon-pelakon hebat antaranya watak hero iaitu Adi Putra, Nora Danish, Tasha Shila dan ramai lagi, dengan tagline nya “Menanti bahagia disebalik duka”.

Continue reading “Drama Tentang Dhia Di Slot Akasia TV3”

Drama Chinta TV3 – Mainan emosi Chinta

Salam semua, pekabar? lama jugak rasanya tak update blog nie, tengah nak cari mood nak update pasal entry raya, semalam baru balik dari kampung so sangat keletihan sebabnya singgah ke 5 buah rumah sebelum balik klang…ehehe raya sakan tu 😛

Oklah nak cerita pasal Drama Chinta di TV3 yang bakal menggantikan drama Epilog Syurga Cinta. Fuh, tak sabar nak tengok lakonan Fasha Sandha bertudung, hari tu tu jadi duyung boleh lah…ehehe. meh layan Sinopsis Drama Chinta, kalau ada link Full Download Drama Chinta nie nanti Yan sharekan disini 🙂

Continue reading “Drama Chinta TV3 – Mainan emosi Chinta”

Ilusi di Slot Akasia TV3

Salam semua, seperti yang semua sedia maklum buat penggemar Drama Slot Akasia di TV3, Drama Shah Jihan sudahpun melabuhkan tirainya pada khamis yang lalu, dan kini muncul pulak drama baru yang menggantikan Drama Shah Jihan iaitu Drama yang bertajuk Ilusi di Slot Akasia TV3

Barisan Pelakon Drama Ilusi di Slot Akasia TV3

Drama Ilusi ini akan di tayangkan bermula 21 Jun 2010 dan macam biasa waktu tayangannya 6.30 petang setiap Isnin hingga Khamis di TV3. Berikut Sinopsis Drama Ilusi.

Continue reading “Ilusi di Slot Akasia TV3”

Mia Sara Nasuha – Amani di Adamaya TV3

Salam semua, seperti yang semua maklum sekarang nie siri Slot Akasia di TV3 yang bertajuk Adamaya menjadi bualan orang ramai tak kira di tempat kerja, tempat menunggu bas, kedai mamak, dimana-mana sahaja semua orang bercerita pasal Drama Adamaya nie. Aku jugak tidak ketinggalan menonton Drama Adamaya ini, jalan cerita yang sangat mudah difahami, pelakon pun memang hensem dan cantik. Yang bestnya si cilik Amani pandai sungguh menjiwai watak.

Amani atau nama sebenarnya Mia Sarah Nasuha adalah model kanak-kanak yang selalu muncul di kaca TV sejak dia kecil lagi. Mia pernah menjadi model iklan tv untuk Bank Islam, Celcom, Sustagen, Nokia, TM, Softlan, Astro Beyond. Dan Sekarang drama Adamaya ini adalah drama pertama bagi dirinya.

Continue reading “Mia Sara Nasuha – Amani di Adamaya TV3”

OST Adamaya – Yang Terindah

Salam semua, mesti ramai yang tengok Drama Slotaksia terbaru Di TV3 iaitu Adamaya kan? Yan sendiri tidak terlepas mengikuti Drama ini, memang best! yang best tu Lisa Suri Hani pelakonnya.

Yang pasti ramai yang minat Drama Adamaya nie, nak bukti? ramai je semalam orang search pasal Drama Adamaya nie. Tengok gambar bawah

Hits Keywords Adamaya

Lagu temanya pun memang best, sedap je telinga nie mendengarnya, dan pasti ramai yang mencari OST Adamaya ini kan? ok disini Yan sharekan Lagu tersebut yang bertajuk Yang Terindah yang di nyanyikan oleh DAKMIE *ehek..bukan Hubby Yan ok*.

Continue reading “OST Adamaya – Yang Terindah”

Hits keywords dari Drama Na O Mei

Salam semua, pagi nie Yan nak sharekan keywords yang Yan ambil dari Nuffnang yang kerap masuk ke blog Yan melalui Enjin carian Google, mulai bulan lepas hinggalah ke hari ini, tak putus2 keywords Na O Mei masuk ke dalam blog Yan. Mungkin ini disebabkan entry Yan yang kat SINI.

na o mei on google search

Mula-mula dulu masa buat entry INI ada jugak research tentang Drama Na O Mei nie, cari sinopsis tapi tak jumpa, masa tu tak masuk dalam google search lagi. Jadinya buat sinopsis sendiri tentang Drama Na O Mei nie…hehehe. Now tengok aje hits dari Drama Na O Mei, dah masuk kat google search, Fuh memang Mantap!! mana taknya cerita nie memang best sangat-sangat. So far tak pernah miss lagi tengok Drama nie.

na o mei

Alhamdulillah dengan menggunakan keywords Na o Mei TV3. Page Yan terindex pada 1st page google.

na o mei keywords 1

Hist keywords Na O Mei pada bulan lepas, banyak seh!!

Continue reading “Hits keywords dari Drama Na O Mei”