Drama Ku Cinta Kau Seorang Slot Lestary TV3

Assalammualaikum, dah habis dah drama diandra, follow jugaklah drama tu on off, heheee bosan sikit jalan ceritanya, tapi kali ni nak try tengok drama Ku Cinta Kau Seorang Slot Lestary TV3, macam best je sebab pelakonnya Remy Ishak kekeke. lama tak nampak Remy berlakon.

drama ku cinta kau seorang tv3

Drama Ku Cinta Kau Seorang ni akan mula bersiaran pada 19 november ini nanti, dan antara pelakon lainnya iaitu Amyra Rosli, Ruminah Sidek, Farahdhiya, Zack xfactor, dan ramai lagi.

Continue reading “Drama Ku Cinta Kau Seorang Slot Lestary TV3”

Bangkitnya Seorang Perempuan Slot Samarinda TV3

Salam, dah habis dah Drama Surat Dari Langit Biru, sedihhhh uhukkk drama tu, dan drama yang menggantikannya iaitu Drama Bangkitnya Seorang Perempuan Slot Samarinda TV3, baru semalam ditayangkan, hemmm untuk episode pertama ni biasa-biasa aje kot heeee, tapi geram sungguh ler dengan Zila (Farahdhiya) yang suka membawa mulut tu hehee, oklah tunggu malam ni pulak tengok macam mana, kalau best boleh layan macam biasa.

bangkitnya seorang perempuan

Drama Bangkitnya Seorang Perempuan ini dibarisi pelakon seperti Anzalna, Ryzal, Dynas, Haleeda, Eina Azman, Farahdhiya dan ramai lagi lah. Nak baca sinopsis boleh baca di SINI.

– muka Anzalna ni macam ada iras Memey..kann??

Drama Putera Rayyan Slot Samarinda TV3

Salam, 31 Oktober ni drama baru di slot samarinda iaitu Drama Putera Rayyan yang dibintangi oleh Kamal Adli (Putera Rayyan), Nad Zainal (Arisa), Miera Liyana (Anisa) serta ramai lagi, drama 23 episode ini juga diarahkan oleh A.Aida. macam biasalah ye waktu tayangan slot samarinda ni setiap hari selasa-rabu pukul 10.30 malam dan khamis pada pukul 9.30 malam.

drama putra rayyan

Sinopsis Drama Putera Rayyan ni lebih kurang macam drama bawang merah bawang putih, cuma ianya diolah sedikit, dengan memberi fokus kepada cerita Putera Rayyan yang berada dalam hikayat drama tersebut, sama-sama kita saksikannya nanti.

Drama Annisa Slot Samarinda TV3 – Ost Annisa

Salam, baru sahaja menonton drama terbaru di slot samarinda TV3 yang bertajuk Annisa, untuk episode 1 dan episode 2 Annisa nie memang best bagi Yan, tidak menghampakan, tak sabar nak tengok besok pula. OST Annisa pun best, lagu dari Jac, Ning dan Shila yang bertajuk Dimana dimana dan Beribu Sesalam.

annisa

Drama ini mengisahkan tentang 4 orang wanita yang sudah berkenalan rapat sejak persekolahan kolej, mereka telah membina sebuah empayar perniagaan iaitu  Annissa Corporation dan mereka juga telah berjanji untuk bersikap jujur diantara satu sama lain namun keakraban mereka mula bergoyah apabila syak wasangka mula timbul dalam hubungan persahabatan yg telah sekian lama dibina.

Continue reading “Drama Annisa Slot Samarinda TV3 – Ost Annisa”

Ost Laila Asyikin – Sampai Syurga (Faizal Tahir)

Salam semua, hari nie merupakan episode 1 untuk Drama Laila Asyikin di Slot Samarinda TV3, untuk episode 1 nie tak tahu lah nak kata best ke tak sebabnya tak fokus sangat tengok, sambil-sambil aje. tapi takpe kita tengok pulak episode 2 Laila Asyikin nie nanti. harap-harap bestlah 🙂


Jom layan OST Laila Asyikin, lagu dari Faizal Tahir yang bertajuk Sampai Syurga, lagu nie memang Yan minat sangat wooo…malatops!!. Disini Yan sertakan lirik lagu Sampai Syurga dan jugak link untuk mendownload lagu Sampai Syurga nie. enjoy yea…

Continue reading “Ost Laila Asyikin – Sampai Syurga (Faizal Tahir)”

Laila Asyikin di Slot Samarinda TV3

Salam semua, 2 hari lagi drama Noktah Erna akan melabuhkan berakhir dan apakah kesudahan drama tersebut, sama-samalah kita saksikan nanti, dan drama yang bakal menggantikannya ialah Drama yang bertajuk Laila Asyikin yang akan di tayangkan bermula 1 julai 2010 nanti.

Watak utama Laila Asyikin ini di terajui oleh Nur Fathia Abdul Latiff atau lebih mesra dengan panggilan Fathia yang berumur 22 tahun ini, pernah perlakon sebagai watak pembantu sahaja dia dalam drama Nur Kasih, Dea Sofea dan Bila Musang Berjanggut.

Continue reading “Laila Asyikin di Slot Samarinda TV3”

Noktah Erna – Slot Samarinda TV3

Salam semua, Sejak akhir-akhir ini kebanyakan Drama yang di tayangkan di TV3 semuanya  bestkan? kini Slot Samarinda tampil dengan Drama baru yang mengantikan Drama Asmaradana. Drama Asmaradana nie memang Yan tak tengok sebab tu Yan tak review…ehehe, dengar-dengar drama nie ending dia tak best! tapi ntah ler tak boleh nak ulas sebab tak tengok pun.

Ok cerita pasal Noktah Erna nie, Drama Noktah Erna nie dah pun ditayangkan bermula 5 Mei setiap hari Selasa – Khamis jam 10.30 malam, di mana drama ini Sarat dengan Mesej Pengajaran Hidup.

Continue reading “Noktah Erna – Slot Samarinda TV3”