Drama Tahajjud Cinta – Slot Zehra TV3

Salam, drama terbaru yang akan menggantikan Keranamu Laila yang akan berakhir 1.7.2011 ini adalah Drama Tahajjud Cinta di Slot Zehra TV3, drama hasil arahan dari Erma Fatimah yang juga merupakan pelakon Tahajjud Cinta. Kalau tengok pada tajuk drama ini, pastinya drama ini best, sebut sahaja barisan pelakonnya pasti mutu yang terhasil memuaskan hati.

tahajjud cinta

Drama Tahajjud Cinta ini turut membariskan 19 orang pelakonpopular seperti Fazura, Fouziah Gous, Eman Manan, Remy Ishak, Shahz Jaszle, Tiz Zaqyah, Aaron Aziz, Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsudin dan Neelofa, Turut berlakon Norish Karman, Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Dira Abu Zahar, Ziela Jalil, Azizah Mahzan, Fazreen, Heryanto, Fadhilah Mansor, Melissa Saila dan ramai lagi.

Continue reading “Drama Tahajjud Cinta – Slot Zehra TV3”

Ahmad Durrah – Slot Zehra TV3

Salam semua, slot zehra tampil dengan drama terbaru yang menggantikan Drama Janji Kekasih yang mana drama tersebut tersangatlah best! tapi masih tak lawan dengan drama nur kasih. Besok pulak Drama terbaru di slot zehra iaitu Ahmad Durrah, tadi tengok promo Drama Ahmad Durrah nie macam best jugak, takpe apa-pun kita tunggu episode 1 Ahmad durrah nie besok, tadi kat Malaysia Hari Ini TV3 ada temuramah dengan pelakon Ahmad Durrah 🙂

Kredit gambar kepada Nuriz

Biasanya Slot Zehra drama dia macam ala-ala ketuhanan dan keagamaan, yang pasti setiap drama yang di tayangkan oleh TV3 sekarang nie mampu menarik minat penonton untuk terus melekat depan TV, contohnya tak payah carik jauh…ehehe Yan lah tu yang selalu duk melekat je tengok drama-drama TV3.

Continue reading “Ahmad Durrah – Slot Zehra TV3”

Janji Kekasih Episode 2

Salam semua, semala layan Drama Janji Kekasih Episode 2 di Slot Zehra TV3. Drama nie bestlah jugak, rasanya boleh layan sampai habis, teringat pulak dengan Drama Nur Kasih.

Pada yang ketinggalan Episode 1 Janji Kekasih boleh tengok kat SINI dan kalau nak layan Lagu Tema Janji Kekasih boleh klik SINI jugak 🙂 *Sharing is Caring*

Jom layan Janji Kekasih Episode 2 (Kredit to Catch up TV3)

[zdvideo]http://pmd.mediaprima.com.my.edgesuite.net/u/tv3/pri/janjikekasih/janjikekasih_01_002_01_cft.flv[/zdvideo]

Part 1

Continue reading “Janji Kekasih Episode 2”

Janji Kekasih Episode 1 – Slot Zehra TV3

Salam semua, malam nie mesti ramai yang tengah tengok Perlawanan Pembukaan FIFA Worldcup 2010 kan, Yan pun takdelah minat sangat bola nie tapi kalau en.hubby buka tengoklah jugak teman dia sekali 🙂 tapi malam nie en.hubby keje malam so dia tak dapat ler tengok perasmian FiFA Worldcup 2010 aka Piala Dunia 2010. Tapi takpe dear nanti tengok ulangan besok..ehehe

Oklah takmo cerita pasal piala dunia..ehehe, nak cerita pasal drama yang baru kejap tadi Yan tengok iaitu Janji Kekasih slot Zehra di TV3, intro yang sangat menarik! rasa drama nie macam best aje, Drama bersiri terbaru 13 episod Janji Kekasih ini diarahkan olen Pengarah yang tidak asing lagi iaitu Feroz Kadir, yang jugak pengarah drama yang meletup-letup baru nie iaitu Adamaya, so pastinya drama ini jugak mesti best!.

Continue reading “Janji Kekasih Episode 1 – Slot Zehra TV3”