Ajar Anak Menyusu Menggunakan Botol Susu

Salam, sekarang ni misi untuk Ajar Anak Menyusu Menggunakan Botol Susu nampaknya kecundang, manakan tidak, dia langsung tak nak menyusu menggunakan botol susu, tengok botol susu pun dia bulatkan mata konon tanda protes hahahaa. Bukan taknak bagi dia direct feeding, nak ajar dia sebab lepas-lepas ni maybe akan tinggalkan dia, yelah kot-kot ada orang nak panggil meeting projek juta-juta kan…hahahaa

susu ibu

Tapi nampaknya usaha tersebut tidak membuahkan hasil, ohhhh kecundang sungguh, bukannya saya nak bagi dia minum susu formula pun, dia masih tetap minum susu ibu cuma bezanya menggunakan botol susu, jadi kalau pandai menyusu guna botol tu nanti senanglah nak tinggalkan dia kejap kan..tapi…ohhh pening kikiki

Continue reading “Ajar Anak Menyusu Menggunakan Botol Susu”

Resepi Lobak Putih – Petua Banyakkan Susu Badan

Salam, hari ni saya nak kongsikan Resepi Lobak Putih untuk menambah air susu ibu, Petua Banyakkan Susu Badan ini saya google dan bertanya dari rakan-rakan yang rata-ratanya berjaya dalam memberi penyusuan susu ibu kepada bayi mereka.

lobak putih1

Antaranya yang paling mujarab untuk menambah air susu ibu iaitu dengan mengamalkan memakan lobak putih, ini kerana kandungan khasiat yang tinggi terdapat pada lobak putih tersebut.

Continue reading “Resepi Lobak Putih – Petua Banyakkan Susu Badan”

Kebaikkan Penyusuan Susu Ibu Kepada Bayi

Salam, syukur alhamdulillah diberikan kesihatan, cuma lately tak berapa nak sangat “online”, mood nak masuk dalam sarang aje ni kikiki, tak sabar menanti kelahiran anak ke 3, insyaallah. Untuk anak ke 3 ini, saya berniat ingin memberikan penyusuan secara eksklusif kepada baby nanti, jom saya kongsikan Kebaikkan Penyusuan Susu Ibu Kepada Bayi.

kebaikkan penyusuan ibu

Subahanallah, tengok tu..banyaknya kebaikkan susu ibu

Even ini adalah anak ke 3, tetapi saya masih kurang lagi ilmu bab-bab penyusuan susu ibu ini, Insyaallah kali ini dengan izin Allah, saya ingin memberikan susu badan sepenuhnya kepada anak yang bakal lahir ini (Penyusuan secara eksklusif), insyaallah.

Continue reading “Kebaikkan Penyusuan Susu Ibu Kepada Bayi”

Kerajaan Malaysia haramkan botol susu polikarbonat Bisphenol A

Salam semua, terkini semalam tengok berita tv3 yang mana Kerajaan Malaysia mengharamkan penggunaan botol susu polikarbonat Bisphenol A berkuatkuasa mulai 1 Mac tahun depan.

botol susu

Perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lepas sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutama bayi dan kanak-kanak.

Continue reading “Kerajaan Malaysia haramkan botol susu polikarbonat Bisphenol A”