Little Caliphs Grand Ihtifal 2016 – Irfan 4 Years

Assalam, wahhh dah setahun Irfan sekolah yeayyy!!, tak sangka anak ibu yang baru nak masuk 4 tahun ni dah convo lah hehee, congrats anak untuk Little Caliphs Grand Ihtifal 2016. Budak 4 tahun pun convo, untunglah nak..masa abang-abang dulu budak 5 dan 6 tahun je convo hehee.

Baru-baru ini bertempat di Hotel Goldcourse Klang berlangsungnya majlis Little Caliphs Grand Ihtifal 2016 bagi cawangan tadika Little Caliphs Klang (3 cawangan ). memang happening betul, dah macam convo sebenar je hheeee~

Continue reading “Little Caliphs Grand Ihtifal 2016 – Irfan 4 Years”

Ralat, Penat, Tapi Mujur Ada Keseronokan Di Situ

Salam, semalam kan hari rabu, haishhh napalah mati-mati duk ingatkan semalam hari selasa, tak pasal-pasal saya kena gi tadika aiman semula hantar baju Taekwondonya, dah ler pagi tu dia pergi tadika dengan uniform tadika, sepatutnya semalam pakai baju sukan hahahaa, buka aje pintu Van rasa macam nak terjojol bijik mata tengok dia sorang aje pakai uniform tadika, baju taekwondo pun tak bawa sebab duk ingat hari selasa heemmmm.

little caliphs sport attire

gambar lama, snap guna handset kamera cap ayam 😀

Ntahlah rasa ralat sangat semalam, buka je Van, Aiman masuk dan Van berlalu pergi, saya macam tercengang kejap, sambil garu-garu kepala, lari masuk dalam rumah then capai handphone tengok tarikh dan hari, hemmmm hari Rabu rupanya…uwaaaaaa…nak nangis sungguh, kesian dengan Aiman, mesti dia malu.

Continue reading “Ralat, Penat, Tapi Mujur Ada Keseronokan Di Situ”

Belajar Mengaji Bersama Aiman

Salam, Aiman balik dari tadika tadi kemain seronok lagi, mana taknya dia dapat beg baru, buku baru dari tadikanya Little Caliphs, so ok alang-alang dia tengah rajin tu, saya rekodkan video Aiman, jom Belajar Mengaji Bersama Aiman hihiihi

Video rekod guna ipad2, cun jugak rekod guna ipad2 nie ^____^

Thanks Teachers Little Caliphs Bandar Puteri Klang ^____^

.

– Ini tahun ke 2 Aiman di Tadika Little Caliphs

Hari pertama aiman di Tadika

Salam semua, hari nie sibuk sikit sebabnya Aiman dah mula masuk sekolah tadika di tadika di Little Caliphs, bukan main seronok lagi dia pagi tadi, macam-macam jugak ragam anak kecil pagi tadi, ada yang cool macam aiman dan ada jugak yang menangis langsung tak boleh nak pujuk, last-last mak budak pun masuk ikut sekali…ehehe

tadika3

Alhamdulillah Aiman menten cool dan tak menangis pun, malah masa Orentasi Di Tadika The Little Caliphs hari tu pun dia tak nangis kami tinggalkan dia selama 2 jam kat sana.

Continue reading “Hari pertama aiman di Tadika”

Orentasi Di Tadika The Little Caliphs – Snap Via HTC Desire Z #maxis10

Salam semua, pagi tadi kami ke Tadika Little Caliphs ada sesi orentasi pelajar-pelajar baru, seronok sangat dapat bawa Aiman, bukan main semangat lagi dia, seawal pagi dan bangun, mandi, makan…ehehe, sampai sana agak lewat sikit tapi oklah suasana meriah sangat tengok telatah anak kecil, ada yang suka dan ada yang menangis, maybe tak biasa berenggang dengan orang tua kot, aiman pulak??? hahaa siap halau mak pak dia balik adalah…kikiki

little caliphs

Tadi jugak dapat baju uniform, baju sukan kemudian kot, dah try-try kat Aiman tadi, memang nampak segak *puji anak sendiri*, tak sabar pulak isnin nie nak hantar Aiman pegi sekolah, maknya pulak yang lebih-lebih….hahahaa

Continue reading “Orentasi Di Tadika The Little Caliphs – Snap Via HTC Desire Z #maxis10”

Daftar tadika di Little Caliphs untuk Aiman

Salam semua, syukur alhamdulillah tadi Yan dan en.hubby dah pergi daftarkan Aiman untuk masuk tadika tahun depan, ramai kawan-kawan blog tanya aiman nie umur berapa tahun…ehehe, aiman nak masuk 5 tahun yea tahun depan. rasa sekejap je masa berlalu. dah besar anak ibu nie, jadi anak yang cerdik pandai ye sayang 🙂

little caliphs kindergartens

http://www.littlecaliphs.com

Korang pernah dengar tak The Little Caliphs Program (TLCP)?, program nie memang sangat bagus dimana sebuah program pra-sekolah Islam-Inggeris-Kreatif yang membantu anak-anak pra-sekolah untuk mewujudkan rohani yang terbaik untuk mereka,  kognitif, potensi,  sosial-emosional dan fizikal. Tidak seperti program pra-sekolah yang lain konvensional, TLCP memiliki peringkat metodologi kreatif terbukti untuk mengajar anak-anak asas  Islam, belajar dan kemahiran hidup secara menyeluruh.

Klik SINI untuk memiliki Laptop Acer Aspire One secara PERCUMA!!

Continue reading “Daftar tadika di Little Caliphs untuk Aiman”