Beli Topup Handphone atau SimPack kena Bayar Cukai 6%!

.

Update 12/9/2011 – Cukai 6% Di tangguhkan

-KUALA LUMPUR: Syarikat telekomunikasi (TELCO) bersetuju menangguhkan kutipan cukai perkhidmatan enam peratus daripada pengguna prabayar sehingga perbincangan semula dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata antara cadangan yang dibincangkan bersama TELCO adalah caj enam peratus itu hanya dikenakan kepada pengguna yang membeli pek permulaan prabayar.
“Setakat ini, itu saja yang kita boleh beritahu.

“Kerajaan akan mengambil kira sumbangan RM6 bilion oleh TELCO kepada sumber pendapatan negara dari 1998 hingga kini sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat bersama TELCO, di Angkasapuri, di sini, sebentar tadi.

Hadir sama, wakil dari Celcom Axiata Berhad (Celcom), DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGiTel), Maxis Berhad, dan UMOBILE Sdn Bhd (U Mobile).

Minggu lalu, TELCO mengumumkan mereka akan mula mengutip cukai perkhidmatan enam peratus untuk perkhidmatan prabayar Jumaat ini.

 Sumber : Bharian.com.my

________________________________________________

Salam, baru terbaca di Mstar pasal Tambah Nilai Pra Bayar, Pek Sim Dikenakan Cukai Perkhidmatan 6% Mulai 15 September ini, semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai sebanyak 6%, tidak ada yang terkecuali, haishhhhh lepas nie kalau nak beli topup RM10.00 kena bayar RM10.60 ler yea. Beli Topup Handphone atau SimPack kena Bayar Cukai 6%!

Pelanggan prabayar dimaklumkan melalui SMS bermula tengah hari ini mengenai cukai perkhidmatan ITU, demikian menurut industri syarikat telekomunikasi Malaysia dalam kenyataan bersama di sini Khamis. Para pelanggan juga boleh merujuk kepada laman web syarikat telekomunikasi masing-masing untuk maklumat atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan sekiranya mereka mempunyai pertanyaan lanjut.

Syarikat telekomunikasi itu berkata cukai perkhidmatan merupakan cukai penggunaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan sebagaimana yang disediakan dalam perundangan cukai perkhidmatan.

Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memerlukan syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih.

Ini sama seperti cukai perkhidmatan yang dilevi terhadap pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel.

– Mstar.com.my

Kalau macam saya nie memang haru biru ler nak menopup, saya ada 3 simkad yang aktif iaitu tune talk untuk Blackberry, Digi untuk iPad2 dan Celcom untuk Sony, nampaknya lepas nie kena berjimat sikit, yelah macam saya sebulan banyak juga yang saya peruntukkan untuk ketiga-tiga simkad tersebut ;'(

 – Masih belum dapat sms pemberitahuan ^___^