HIDUP SEORANG BLOGGER

Salam semua, maaf sekali lagi blog ini tidak berupdate semalam, macam nielah HIDUP SEORANG BLOGGER dalam kesibukan tu cuba jugak nak ambil peluang untuk nak update blog. Tapi semalam memang takde peluang so tu pasal tak dapat nak update…ehehe sori na…

HIDUP SEORANG BLOGGER memerlukan Yan bijak mengatur masa untuk rumahtangga dan jugak sebagai seorang blogger, maklumlah ada setengah orang tu bila dah mengadap komputer tak makan, tak minum pun takpe, tapi Yan tak boleh nak jadi macam tu sebabnya Yan ada tanggungjawab lebih besar dari seorang blogger.

Tapi seronoknya HIDUP SEORANG BLOGGER nie Yan dapat menambah ataupun mencari duit poket sendiri, di mana dengan blogging inilah Yan pernah mendapat duit bayaran dari Innity dan jugak Nuffnang yang mana begitu lumayan jugak bayaran dari kedua-dua syarikat pengiklanan tersebut, dan seronok sangat bilaΒ Duit Hasil Blogging Hadiah untuk Anak yang Yan berikan untuk mereka.

Innity ok tapi bab bayar payment sangat lemau πŸ™

Continue reading “HIDUP SEORANG BLOGGER”

Terkini Trafik Seminggu 11K++

Salam semua selamat pagi isnin, hari nie mesti ramai yang Update pasal trafik seminggu Nuffnang kan?? Yan pun tidak ketinggalan untuk berbuat demikian. Sekali lagi di ingatkan, entry ini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk, entry ini di publish untuk meyakinkan lagi kepada pengiklan di dalam blog ini, rujuk Sidebar dan bawah Entry ini.

Drag gambar ke New Tab untuk pemandangan yang lebih luas πŸ™‚

Continue reading “Terkini Trafik Seminggu 11K++”

Trafik Yanmieonline akhirnya mencecah 5K seminggu

Salam semua selamat berhujung minggu, wah akhir-akhir ini semangat blogging semakin mencanak jugak dek trafik yang sangat memberangsangkan. Rasanya minggu ini sahaja dah berapa kali Yan cerita pasal Trafik blog, ehehe semua itu harus dikongsikan disini untuk lebih memotivasikan diri dan sebagai pemangkin semangat, dan tidak lupa jugak sebagai “Entry khas” kepada mereka yang beriklan di dalam blog ini, dan bukannya untuk menunjuk-nunjuk, terpulang pada korang yang menilainya.

Untuk pertama kalinya blog ini telah mendapat Trafik sebanyak 5K++ (Analytic Nuffnang), sejarah dalam dunia blogging Yan, rasa macam mimpi pulak, yelah orang lain lagi hebat boleh dapat banyak dari ini, tapi bagi Yan dapat 5K++ nie pun dah cukup bagus sangat sebabnya Yan bukannya ada Pembaca Setia pun, cuma beramas mesra aje dengan En.Google. Blogwalking memang jarang, Yan hanya akan blogwalking pada orang yang datang meninggalkan jejak di shoutbox dan komen sahaja *Berterus terang nie* tapi ada jugak yang belum sempat Yan balas kunjungan diorang, jangan risau ok! Yan pasti jejak balik cuma amik masa sedikit πŸ™‚

Continue reading “Trafik Yanmieonline akhirnya mencecah 5K seminggu”

semalam tak update sebabnya? meh baca

Salam semua, wah semalam Yan takde update blog lah. Ya Rabbi kalau nak tau semalam memang bizi giler seharian tak duduk kat rumah, pegi ke KLIA amik Mak dan Ayah mertua tercinta balik dari mengerjakan ibadah umrah. Syukur alhamdulillah diorang selamat sampai dan dapat mengerjakan ibadah umrah..Amin, dulu dah pernah pergi naik haji, kali nie diorang buat umrah pulak, Ya Allah bilalah giliran Yan pulak dengan En.hubby…Insyallah ada rezeki ingin sekali berpijak di bumi Mekah, Madinah, Jeddah….dan banyak lagi…

Keluarga Pak Teh dari Kedah pun ada datang sekali, diorang semua lepak rumah Yan, so memanglah bizi takde masa nak ngadap lappy, nak-nak pulak hari nie nak pergi bawa diorang semua jalan-jalan cari makan, nasib baik pagi nie lepas subuh Yan cepat-cepat capai Lappy sebelum sediakan sarapan..see sempat lagi tu…hahhaa

Continue reading “semalam tak update sebabnya? meh baca”