Sakit hati dengan Operator TM!

Salam semua, dah 2-3 hari Streamyx buat hal, sakit jiwa betul! tapi yang streamyx tak dapat tu tak sakit jiwa sangat, yang buat sakit jiwa dengan Operator TM!!! dah ler call guna handphone, cakap terhegeh-hegeh, Yan cakap call guna handset bukan guna tell rumah, tolonglah cepat sikit, takperlu nak bagi dengar lagu-lagu kat telefon tu!, lepas tu operator tu cakap takpe kalau call guna celcom tel 100 dia charge sekali call RM 1 je. So oklah kalau dia dah cakap macam tu sebab Yan fikir dia lebih tahu. tapi rupa-rupanya………habis kreditku tapi habuk pun tarak!!!

Haish!! marah giler nie!! kredit dalam handset ada RM 40++ lah nie tinggal RM 1.03 sen, sapa tak sakit hati! bagi info tak betul! adoiiyaaiii SAKIT JIWA!!! ganti balik!!! hahahhaa….adoiiiii lantak koranglah nak kata apa!! sakit jiwa!!! Kredit habis mcm tu je! betul-betul Kesal dengan TM!

Continue reading “Sakit hati dengan Operator TM!”

Kesal dengan TM

Salam semua apa khabar? aiyooo takde mood lah nak blogging sebabnya guna broadband celcom kat rumah nie dapat 3G aje, tak tahulah bila nak setel masalah dengan TM nie.

Di maklumkan TM kecurian kabel di kawasan rumah nie so sebab tulah line takde, dan apa yang Yan kesalkan dimana sebelum nie 2nd level TM cakap masalah wiring kat rumah yang problem, diorang suruh buat wiring baru. then kami buat wiring baru…dah duit pulak tu yang keluar kan? tapi rupanya masalah kecurian kabel..

Sangat tak puas hati bila staff TM men sembarang cakap je ada masalah dengan wiring kat rumah!! sakit hati masih terasa…huhu!! saje nak nyusahkan orang!

Harap2 masalah nie dapat lah disetelkan dengan secepat yang mungkin…dah malas nak call TM, asyik2 customer yang kena follow up, diorang tak ada pun call informkan apa-apa…tu sangat kesal dengan TM! biasanya diorang akan call inform, tapi nie habuk pun taraakkkk….huhuhu

Nota Yanmie : Pencurik kabel nie pun satulah!! saje nak menyusahkan orang lain…

Susahnya kalau cakap tak serupa bikin

Salam semua selamat berhujung minggu, sekadar ingin meluahkan rasa hati..huhu, geram ya amat dengan TM, cakap tak serupa bikin betul, minggu lepas ada call buat aduan pasal telefon rumah tak boleh digunakan dan macam tu jugak dengan streamyx tak boleh nak guna, line tak ada. tapi bila call dari handphone ada aje ringging tone tapi telefon tak berfungsi.

Minggu lepas lagi ada call TM maklumkan pasal hal nie, dan adalah jugak staff TM call kata cek kat luar dulu, then lepas tu habis macam tu aje, tak de pulak diorang follow up macam biasa tanya telefon dah boleh guna ke tak, streamyx dah boleh guna ke tak?

Continue reading “Susahnya kalau cakap tak serupa bikin”

Sehari tanpa Streamyx

Salam semua pekabar? nampaknya dah 2 hari blog ini terbengkalai, bukannya tak nak update malahan banyak sangat cerita nak dikongsikan tapi apakan daya Streamyx ku buat hal..huhu

Dah 2 hari takde line kat rumah nie, so streamyx pun tak dapat guna jugak, dah telefon TM, macam biasalah kan kena bercakap dengan operator TM, tapi kali nie tak bergayut lama dengan TM sebabnya dah hafal sangat-sangat apa yang diorang nak perkatakan ” Cik dah cek semua sambungan kabel”, ” dah cuba buat direct connection”…bla…bla…

Continue reading “Sehari tanpa Streamyx”

Mia Sara Nasuha – Amani di Adamaya TV3

Salam semua, seperti yang semua maklum sekarang nie siri Slot Akasia di TV3 yang bertajuk Adamaya menjadi bualan orang ramai tak kira di tempat kerja, tempat menunggu bas, kedai mamak, dimana-mana sahaja semua orang bercerita pasal Drama Adamaya nie. Aku jugak tidak ketinggalan menonton Drama Adamaya ini, jalan cerita yang sangat mudah difahami, pelakon pun memang hensem dan cantik. Yang bestnya si cilik Amani pandai sungguh menjiwai watak.

Amani atau nama sebenarnya Mia Sarah Nasuha adalah model kanak-kanak yang selalu muncul di kaca TV sejak dia kecil lagi. Mia pernah menjadi model iklan tv untuk Bank Islam, Celcom, Sustagen, Nokia, TM, Softlan, Astro Beyond. Dan Sekarang drama Adamaya ini adalah drama pertama bagi dirinya.

Continue reading “Mia Sara Nasuha – Amani di Adamaya TV3”

Streamyx buat hal

Salam semua, tengok tajuk atas tu berasap je pagi-pagi macam nie. Masalah streamyx dari semalam. Start pukul 10.30 malam streamyx langsung tak boleh guna, lampu ADSL blinking aje. So takde aktiviti blogwalking pun. Sebelum tu memang boleh guna tapi Ya Rabbi…slow giler walaupun baru je upgrade speed…kura-kura lagi laju ok!

Streamyx

So Pagi tadi call TM, komplen pasal Streamyx tak dapat. Ayat diorang macam biasalah, memang dah hafal apa yang diorg akan cakap.

“Puan sekarang sedang berada di depan komputer? Sila pastikan yang semua kabel-kabel disambung dengan betul.”….sebelum dia berceloteh panjang Yan dah potong cakap dia…hehhee

Yan cakap tau dah semua tu dah buat awal-awal, now nak IP no dan ping IP no kan?? hehehe….org TM tu gelak je.

Tapi tu pun menunggu 30 minit nak menyiapkan repot…adoiii, dah lah call guna handset, sabar jelah. Tapi tabik spring kejap!!! hehe…sebabnya baru kejap tadi Technician TM call kata nak datang tengok kejap lagi., kalau tak haruslah tunggu 3 hari masa bekerja ok! maunya Yan giler tak ngadap blog…haha, adakah macam tu???

Oppsss!! mesti korang pelik camne Yan boleh pulak online sedangkan Streamyx tak dapat kan? hehe..nak tau kat area rumah nie berlambak2 WIFI unsecure, so pilih je nak guna yang mana. Tapi takdelah laju macam streamyx yan nie.

Mudahan hari nie boleh setel….Amin….so takdelah nak blogwalking dalam keadaan seksa nak tunggu page korang loading…heehhe

TMnet Streamyx buat hal lagi

Written by IzoIzo 13 Comments13 Comments Comments
Last Updated: August 28th, 2008

2 hari lepas Streamyx aku bermasalah dan tidak dapat connect ke internet. Dia mula buat hal tengah hari Selasa. Lampu ASDL dia tu asyik duk berkelip-kelip jer! Sekejap OK sekejap KO.  Nak kata tak aku bayar bil, bil yang sampai tu tak sampai lagi sebulan :D Ikut pengalaman yang lepas-lepas walaupun aku tak bayar sebulan pun Telekom masih lagi tak potong line. Dia akan masukkan  bayaran tersebut ke dalam tunggakan untuk bil bulan seterusnya. Maka aku pun terus menelefon TMnet Support di talian 130088951. Terdapat pengumuman perkhidmatan Streamyx dibeberapa kawasan di Utara Malaysia, Sabah dan Sarawak mengalami gangguan dan sedang dibaiki. Aku terfikir, mungkin disebabkan masalah yang ini kut…tapi aku berada di sebelah timur(Terengganu). Tak mungkinlah. Tiba-tiba ada awek yang angkat… :D

Awek tu tanya nama aku pastu tanya id untuk login account streamyx. Aku bagi. Pastu dia mintak nombor henset aku…aku bagi. Untuk pengetahuan semua ini bukan kali pertama aku berurusan dengan TMnet Support. Tapi aku dah dapat agak apa yang diorang akan cakap selepas itu. Ayat yang sama jer…

“Encik sekarang sedang berada di depan komputer? Sila pastikan yang semua kabel-kabel disambung dengan sempurna.”