Blog Suspended – Review bulan january

Salam semua, semalam dalam pukul 11.55 malam blog ini dah tak dapat di akses, mujurlah tinggal 5 minit je nak bertukar bulan baru, kalau tidak memang tersadailah blog nie sebab kehabisan bandwidth, dulu upgrade ke premium hosting nie ingatkan bandwidth dah cukup, malah sangkaan merosot, mana tidaknya hotlinking berleluasa sana sini, kang ku buh gambar pencurik kat gambar tu nanti kang..takut tak?? hahaha

suspen

Ini jugak di akibatkan pengunjung blog ini semakin bertambah so sebab itulah jugak pasal bandwidth tidak dapat di atasi, sebelum ini cukup-cukup bulan je dah merah bandwidth nie, tanda amaran setiap hujung bulan mesti dapat punya yang mengatakan bandwidth nyawa-nyawa ikan. Malas nak upgrade sebab rasa macam tak mampu dah…hahaha

Continue reading “Blog Suspended – Review bulan january”

Genap setahun wordpress self hosted – Review yanmieonline tahun 2010

Salam semua, syukur alhamdulillah hari nie 5hb genap setahun blog ini berflatformkan wordpress self hosted, dan syukur jugak usia blog ini dah nak mencecah 5 tahun, sekejap aje masa berlalu, blogging since aiman masih baby sehinggalah kini aiman dah masuk ke tadika 🙂

i-love-blogging

img : tutorialnewbie.com

terlalu banyak kenangan indah, manis dan pahit di palitkan pada blog ini, terima kasih semua yang sudi membaca blog ini, tanpa korang semua apalah adanya blog ini, terima kasih jugak pada suami aka en.hubby yang sangat memahami minat dan menyokong Yan dalam dunia blogging ini, terima kasih sayang untuk semua ini kerana beliaulah yang bertanggungjawab untuk menaja dan renew domain serta hosting blog ini. hanya 1 perjanjian kami dalam Yan berblogging ini, asal rumahtangga terurus dan nama yang di bawa *yanmie* di jaga dengan baik.

Continue reading “Genap setahun wordpress self hosted – Review yanmieonline tahun 2010”

Review yanmieonline.com bulan November

Salam semua, macam biasa awal bulan mesti nak update perkembangan trafik blog ini, sekadar untuk catatan peribadi blog ini. trafik bulan ini banyak jugak merosot sebabnya entry-entry berkenaan SEO di kurangkan, tak best jugak kalau terlalu mengejar SEO nie, bak kata KakJie kalau terlalu bermain dengan SEO entry tersebut takde jiwa, Yan akui yang itu, sebab kita seperti menulis semata-mata untuk pak google dan kepuasan tu takde. tapi tidak semestinya Yan tidak menulis entry SEO cuma di kurangkan dan diperbanyakkan entry peribadi seperti sebelum-sebelum ini 🙂

trafik

Dan syukur alhamdulillah walaupun entry SEO takde atau maybe ada 1-2 entry, tapi trafik blog ini masih lagi boleh di banggakan oleh Yan sendiri kerana tidak terlalu bergantung semata-mata kepada entry SEO, dan trafik masih lagi mencecah ribuan setiap hari 🙂 , gambar atas tu menunjukkan graf trafik untuk bulan November, sebanyak 59,979 Unic Visitor, dan Pageviews sebanyak 125,900. dan syukur angka bounce rate mengecil berbanding bulan lepas Laporan Trafik Yanmieonline Bulan Oktober.

Klik SINI untuk memiliki Laptop Acer Aspire One secara PERCUMA!!

Continue reading “Review yanmieonline.com bulan November”

Top Referring Sites di Yanmieonline

Salam semua, terima kasih diucapkan kepada kawan-kawan yang memberikan linkback kepada blog ini, tak sangka pulak banyak jugak trafik yang datangnya dari mereka berdua ini selain trafik dari facebook dan google, tengok bawah yea siapakah gerangan mereka berdua 🙂

top referring site Oktober

Terima kasih kepada Cikmin dan juga Daus kerana telah menyumbang trafik sebanyak di atas, dengan ini Yan berbesar hati meletakan iklan banner 125×125 selama sebulan kepada kedua-dua penyumbang trafik Top 5 blog ini untuk bulan Oktober.

Nota Yanmie : Ingat nak belanja coki-coki tapi jauhlah pulak 🙂

6K sehari, 1403 sejam, 397 Useronline

Salam semua, semalam teruja tengok trafik blog ini, untuk pertama kalinya mendapat trafik sebanyak 6k++ sehari. sebelum ini blog ini pernah jugak memperoleh trafik harian sebanyak 5K++ sehari, adalah dalam 2-3 kali jugak.Alhamdulillah rezeki buffered pun datang dan terus datang, terima kasih buat semua yang singgah ke blog ini.

trafik harian

Biasa trafik harian menten 2K++, tapi semalam alhamdulillah dapat lebih sikit, masa 31hb tu server sown so haruslah mengecewakan Yan, huh! takpelah tak semua benda sempurnakan 🙂

Continue reading “6K sehari, 1403 sejam, 397 Useronline”

Laporan Trafik Yanmieonline Bulan Oktober

Salam semua, semalam dah nampak ada keywords yang masuk duk cari laporan trafik bulanan blog ini, siapakah itu?? cepat ngaku!! hahaa nampaknya ada yang nak tahu kot laporan terkini trafik blog ini kan *cewah!! perasan*, tapi tu ler trafik tak sekencang orang lain tapi alhamdulillah syukur sangat dengan apa yang ada sekarang nie 🙂

trafik bulan 10

Syukur alhamdulillah walaupun di saat-saat akhir blog down tapi masih tetap berpuas hati dengan pencapaian yang ada. kalau korang perasan masa 31hb hari tu blog ini tidak dapat diakses sebabnya pihak fivio sedang menjalankan kerja-kerja pemulihan server. hem takpelah tidak semua benda sempurnakan, lagi pun bersyukur sangat sejak Upgrade ke Premium Hosting – Litespeed Flatform inilah kali pertama blog down.

Continue reading “Laporan Trafik Yanmieonline Bulan Oktober”

Terbaik dari Nuffnang

Salam semua, petang semalam Yan perasan yang dashboard Nuffnang kini mempunyai 2 fungsi baru, tetiba pulak teruja tengok perubahan dan peningkatan yang nuffnang lakukan, mana tidaknya Yan memang sangat obses okeh dengan site nuffnang nie, even income yang Yan dapat tak sebanyak orang lain tapi tetap bersyukur sebabnya tetap mempunyai income sambilan dari nuffnang, nuffnang memang terbaik!! kini Yan setia dengan Nuffnang 🙂

dashboard nuffnang

Dengan adanya 2 fungsi terbaru ini memang sangat memudahkan bagi mereka yang baru sahaja mendaftarkan diri ataupun baru menggunakan nuffnang nie. 2 Fungsi baru tersebut adalah button Start dan jugak button Bio, kan sangat mudah dengan adanya button Start nie, so takdelah mereka-mereka yang baru menggunakan nuffnang nie terkedek-kedek macam Yan dulu, now sangatlah mudah, dah tu ada pulak button Bio senang untuk kita mengemaskini kan maklumat akaun kita kat nuffnang, so apa lagi gunakan ianya dan manfaatkannya.

Continue reading “Terbaik dari Nuffnang”

Pertama kali trafik 4K++ sehari

Salam semua, syukur alhamdulillah pertama kalinya blog ini mendapat trafik sehari 4K++, hati riang gumbira tengok buffered Nuffnang turut bagi kerjasama untuk teruskan aksi menggedik-gedik di sini…nnggee~ jom cekidaut yea 🙂

See gambar atas trafik semalam Unic Visitor 4,780 dan Pageviews sebanyak 10,281 , nak tengok trafik bulan lepas klik SINI. tujuan entry ini bukan untuk menunjuk tapi adalah untuk pemangkin semangat untuk diri sendiri 🙂

Sekian setakat itu sahaja…eheks 🙂

Nota Yanmie : Syukur alhamdulillah rezeki datang terus datang 🙂

Laporan Trafik blog bulan 8

Salam semua, hari nie 1hb time untuk update performance blog ini, bukan untuk tujuan menunjuk tapi untuk pembakar semangat buat diri sendiri. Alhamdulillah blog ini buat pertama kalinya mendapat Pageviews sebanyak 129,826 dan Unic Visitor sebanyak 58,499. kalau boleh tukar dengan duitkan best 🙂

Yan nie jenis tak selalu intai Google Analytics nie, selalu duk tengok kat getclicky je keywords apa yang tengah top. masuk-masuk dalam tu terkejut uu Pageviews untuk blog ini mendapat 129,826 dan Unic Visitor 58,499. terima kasih semua yang pernah singgah ke blog ini. Tanpa korang semua tak dapatlah merasa trafik macam nie 🙂

Continue reading “Laporan Trafik blog bulan 8”