Seribu Kali Cinta – Slot Akasia TV3

Salam semua, hari nie adalah episode terakhir bagi Drama Chinta di slot akasia TV3, dan bermula 15 nov 2010 drama terbaru yang menggantikannya adalah drama yang bertajuk Seribu Kali Cinta yang macam biasa waktu tayangannya isnin hingga khamis pukul 6.30 petang.

seribu kali cinta

Drama komedi Romantik ini di bintangi oleh Kamal Adli, Norkhiriah, Cat Farish, Intan Ladyana, Abu Bakar Omar, Rozie Othman. kalau ada norkhiriah mesti best nie sebabnya dia tu boleh tahan jugak bawa watak yang komedi nie. lebih-lebih lagi ada Kamal dan intan ladyana..pergh!! pasangan romantik 😛

Continue reading “Seribu Kali Cinta – Slot Akasia TV3”

Drama Durja Ningsun – Akan ku jejaki hingga akhir

Salam semua, 19 Ogos nie drama slot seram iaitu  DURJA NINGSUN akan memulakan tayangan untuk episode 1, dimana menggantikan drama sebelum ini iaitu Drama Roh, sumpah! Yan dah tak pernah tengok pun drama Roh nie, sekali aje masa episode 1, lepas2 tu tak berani nak tengok sebab malam duduk bertiga dengan anak..haha

Untuk drama DURJA NINGSUN nie tak tahulah boleh layan ke tak, nampak macam seram semacam aje, tu tak ditayangkan lagi, hem tapi takpelah Yan kongsikan sini sinopsisnye ye.

Continue reading “Drama Durja Ningsun – Akan ku jejaki hingga akhir”

Ilusi di Slot Akasia TV3

Salam semua, seperti yang semua sedia maklum buat penggemar Drama Slot Akasia di TV3, Drama Shah Jihan sudahpun melabuhkan tirainya pada khamis yang lalu, dan kini muncul pulak drama baru yang menggantikan Drama Shah Jihan iaitu Drama yang bertajuk Ilusi di Slot Akasia TV3

Barisan Pelakon Drama Ilusi di Slot Akasia TV3

Drama Ilusi ini akan di tayangkan bermula 21 Jun 2010 dan macam biasa waktu tayangannya 6.30 petang setiap Isnin hingga Khamis di TV3. Berikut Sinopsis Drama Ilusi.

Continue reading “Ilusi di Slot Akasia TV3”

Janji Kekasih Episode 1 – Slot Zehra TV3

Salam semua, malam nie mesti ramai yang tengah tengok Perlawanan Pembukaan FIFA Worldcup 2010 kan, Yan pun takdelah minat sangat bola nie tapi kalau en.hubby buka tengoklah jugak teman dia sekali 🙂 tapi malam nie en.hubby keje malam so dia tak dapat ler tengok perasmian FiFA Worldcup 2010 aka Piala Dunia 2010. Tapi takpe dear nanti tengok ulangan besok..ehehe

Oklah takmo cerita pasal piala dunia..ehehe, nak cerita pasal drama yang baru kejap tadi Yan tengok iaitu Janji Kekasih slot Zehra di TV3, intro yang sangat menarik! rasa drama nie macam best aje, Drama bersiri terbaru 13 episod Janji Kekasih ini diarahkan olen Pengarah yang tidak asing lagi iaitu Feroz Kadir, yang jugak pengarah drama yang meletup-letup baru nie iaitu Adamaya, so pastinya drama ini jugak mesti best!.

Continue reading “Janji Kekasih Episode 1 – Slot Zehra TV3”

Dendam Orang Minyak – Slot Lagenda TV3

Salam semua, petang tadi tengok Slot Lagenda TV3 yang baru , yang  menggantikan  Drama Sayang Cendana iaitu Drama yang bertajuk Dendam Orang Minyak, oklah jugak episode ke 2 nie, episode pertama tak tengok pun, duk cari kat catch up TV3 tak jumpa lah pulak. Sesiapa yang ada link untuk tengok Episode 1 Dendam Orang Minyak boleh lah share dengan Yan yea 🙂

Cari jugak Sinopsis Drama Dendam Orang Minyak nie tapi tak jumpa, maybe promo kurang kot, tapi macam biasalah tayangannya pada hari Isnin hingga khamis Jam 4.30 petang di TV3 dan untuk ulangan di TV9  iaitu pada jam 8.30 malam.

Continue reading “Dendam Orang Minyak – Slot Lagenda TV3”

Ilmu Alam Ghaib TV3

Salam semua, dek leka update blog yang lain tak ingat pulak blog ini belum berupdate lagi..ehehe, see betapa bizinya sampai ada banyak blog 🙂

Oklah nak cerita pasal semalam tengok Ilmu Alam Ghaib, yang semalam punya tak silap episode ke 2 punya kot, Pasal Sihir dan episode pertama hari tu Yan ada tengok jugak minggu lepas pasal SAKA, pasangan suami isteri di ganggu oleh ilmu SAKA di kinabatangan Sabah.

Gambar amik dari Facebook Ilmu Alam Ghaib TV3

Yang bestnya TV3 siap tunjuk macam mana cara nak menyembuhkan mereka-meraka yang terkena sihir, SAKA atau yang sewaktu dengannya.

Continue reading “Ilmu Alam Ghaib TV3”

Arjuna Episode 1 – Slot Aksi TV3

Salam semua selamat pagi, semalam kami 4 beranak jem depan TV layan Slot Aksi TV3 yang baru iaitu Arjuna yang menggantikan Drama Jidin, hehee Jidin nie memang Yan tak layan, kalau buka pun anak-anak yang menapak tengok, tak best langsung drama Jidin tu..opss!! ehehee

Semalam merupakan Episode 1 untuk Drama Arjuna, dari pemerhatian Yan Drama Arjuna nie memang best sangat dimana Drama malaysia yang pertama menggunakan Elemen CGI terbitan KRU Studios

Continue reading “Arjuna Episode 1 – Slot Aksi TV3”

Roh Kembali Episode 1 – Slot Seram TV3

Salam semua, saat entry ini di taip Yan berseorangan, anak-anak dah tidur dan en.hubby bekerja untuk shift malam minggu ini. Malam jumaat ok! kat TV3 pulak tadi Slot Seram yang bertajuk Roh Kembali Episode 1, serius memang Yan tak layan cerita seram-seram nie, sebabnya pandangan mata nie memang melekat je, imaginasi tu kuat..tu pasal tak minat nak tengok drama seram macam nie, even en.hubby ada pun memang kami tak layan drama seram 🙂

Dah tu tadi tak pasal-pasal Yan dengan anak-anak layan ulangan Konsert Akademi Fantasia 8 di Astro Ria sebab tak nak tengok drama seram nie 🙂

Continue reading “Roh Kembali Episode 1 – Slot Seram TV3”

TV3 terjah blog yanmieonline

Salam semua selamat pagi, semalam layan Malaysian Top Host 2010 Final, tahniah kepada Syazwani Diyana Juara Top Host 2010. Semalam terkejut jugak tengok trafik yang masuk melalui referrer TV3.

Ada 6 Action dari TV3 semalam, dan entry yang di selak adalah entry Syazwani Diyana Juara Top Host 2010. Entry tersebut di publish selepas sahaja Dato’ Farid Riduan mengumumkan nama pemenang, sebabnya Yan dah draft awal entry tersebut…ekekkee sebab dah agak yang Syazwani Diyana memang layak jadi Juara Top Host 2010.

Nota Yanmie : hahhaa…sori tajuk bukan main gempak lagi..wakakaka *Perasaan seronok sekejap sebabnya referrer yang masuk adalah dari TV3 :)*

OST Shah Jihan – Slot Akasia TV3

Salam semua, korang dah tengok kan Episode 1 Drama Syah Jihan semalam? kalau belum boleh tengok Syah Jihan Episode 1 – Slot Akasia TV3 inro yang sangat menarik, harap-harap Episode 2 Drama Syah Jihan nie lebih menarik dari sebelum ini.

OST ataupun lagu tema Drama Syah Jihan nie pun best, santai gitu, nyanyian dari kumpulan The Fabulous Cats yang bertajuk Pergilah Ayu. Jom layan…

Continue reading “OST Shah Jihan – Slot Akasia TV3”