Tabung Darah Negara Kritikal

Untuk makluman semua!!

marilah kita sama2 gi MENDERMA DARAH
dan skrg untuk makluman TABUNG DARAH NEGARA KRITIKAL
dan memerlukan PENDERMA DARAH
ayuh kawan2 semua jom kita pakat ramai2 pegi MENDERMA DARAH
Untuk makluman jugak
TABUNG DARAH NEGARA memerlukan DARAH JENIS O
kebetulan Yan pnya jenis darah dari golongan DARAH JENIS O
Ya Allah…hati memberontak..kata nk pegi menderma darah
kalau boleh nk pegi skrg…adeh…
insyallah bsk klu xde apa nk ajak en.hubby pegi menderma darah
itupun klu keta siap mlm nie..coz keta ada kt bengkel..huhu…
DERMA DARAH BOLEH MENYELAMATKAN NYAWA
klik SINI untuk maklumat lanjut

gambar ihsan en.gugel…*adeh..seriau ku tgk*

Psstt!!! ekceli yan nie takut tgk jarum dan darah…adeh..
tp akan ku gagah kan jugak….mudahan bsk blh pegi….Amin…

eeee geli geleman lah pulak weiii…

Korang kawan2 semua
nie td Yan buka pesbuk Yan
duk tgk video yg Kak Na sharekan dr Youtube
adoii nasib baik time tgk nie dh lepas time mkn
klu tak mmg x lalu nk mkn..
eee…rasa geli geleman sampai ke telinga, tengkuk..semuanyaaaa
tgk video bawah nie
[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=GiHtUFuGgSA]
Mmg betul ke ek ada org buat camnie?
sapa ada info pasal nie bolehlah share kat sini
nak jugak tau
eeeeeeeee…tolong!!!! 
geli geleman lah pulak rasanya…adoiii

Secara rasminya berpindah ke http://www.yanmieonline.com


Salam buat semua kengkawan
dengan ini secara rasminya Yan umumkan
bahawa blog ini telah bertukar nama domain a.k.a link
ke domain yg baru http://www.yanmieonline.com
link yang terdahulu http://www.coklatstrawberry9.com tidak lagik digunakan
so minta kengkawan tukarkan link yg dulu ke link yg baru
dan untuk makluman link yg terdahulu tidak akan redirect
ini kerana Yan telah bertukar ke hosting yg lain

Dan pada semua followers Blog nie
sesiapa yang masih ingin setia memfollow
sila ikut arahan dibawah untuk mendapatkan hapdate terbaru blog ini
coz klu x tukar sampai bila2 tak tau yan ada hapdate blog ke tak
kalau tak follow pun takpe takde paksaan

sila ikuti langkah2 dibawah untuk refollow blog nie semula
harap dapat membantu

1. Sila login ke dashboard blogger korang
dan tgk kt bhgian reading list mcm kt gmbr atas nie
klik MANAGE dan korang akan dibawa ke window baru

2. Seterusnya klik pada bahagian setting seperti gmbr diatas

3. Klik pada STOP FOLLOWING

4. Klik STOP FOLLOWING lg sekali untuk pengesahan

Dengan hanya melakukan 4 langkah ini
korang berjaya untuk stop memfollow blog yg lama
dan lepastu blh lah follow blog Yan semula mcm biasa dr blog Yan
ataupun dashboard korang
selamat mencuba…

Sekiranya ada sebarang kesulitan blh YM dgn yan
ataupun leh email ke yanmie@yanmieonline.com
Thanks pada semua kengkawan
dan harap maaf jugak andainya menyusahkan kengkawan yg lain..

Sekian tutorial utk kali ini…hehehe *lama x buat tutorial*

Selamat menyambut hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 52 Tahun



SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 52 TAHUN
KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA DAN PENGUNJUNG BLOG INI
DOA DAN HARAPAN MOGA KITA RAKYAT MALAYSIA
TERUS HIDUP AMAN DAN MAKMUR

MERDEKA!!

MERDEKA!!

MERDEKA!!

ops!! jom layan iklan petronas bawah nie…
suka sangat iklan nie…

[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=dTL11uHm7nI]

See nama pun sama ngan anak yan…hihi
moga Aiman akan secerdik Aiman dalam video nie…Amin…

Doa ketika terjadi penyakit menular


Salam buat semua
risau kan dgn kes H1N1 sekarang nie
makin melarat pulak jadinya
sekarang nie kami mmg xde buat atau ikut mana2 aktiviti luar
takut sangat2…lagik2 penyakit tu berjangkit melalui udara
so lebih baik duduk kat umah aje

Nie yan nak sharekan doa untuk diamalkan bersama
doa ketika terjadi penyakit menular
harap dpt dikongsi bersama
minta di jauhkan dari wabak H1N1 ini…mudahan..Amin…

Pesta Arak awek Ganu..huhuhu…


Masyallah, budak-budak perempuan Melayu ni selamba jer minum arak. Dah lah minum arak dan perpakaian sexy siap rakam lagi. Last-last diupload ke youtube.

Dari suasana video tersebut kelihatan mereka tinggal di rumah sewa dan sedang menyambut hari jadi. Dari loghat diaorang sah dari negeri Ganu.

[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=wdnXEkoLIjE]
Sumber dari SINI
boleh jugak baca komen2 di Youtube klik SINI

Jangan tinggalkan laptop, pda dan hp di kereta anda


Sekadar berkongsi dgn kawan2 semua
artikel nie yan baca dr blog kegemaran Yan Isu Hangat
pasal laptop, pda dan hp agar tdk di tinggalkan dlm kereta
cuba baca kat bwh nie:-

Dont leave your laptop, pda, handphone in your car… even in shut down mode. The detector detect the battery, not the gadget. No wonder the laptop thief know which vehicle to break in….

From the EE/RF experts:

The detector detects battery in the laptop which is still active even laptop is in off mode. Usually battery has internal clock that clock up battery fuel gauge IC. This clock generate RF signal which can be picked up by the detector.

Laptop detector does really exist. For those who have never heard of it, here are the pictures of the detector:

(spectum analyzer)
Even the wifi, bluetooth or the entire notebook is completely off, it can still be detected via radio frequency, so never leave your laptop, pda, handphone …in the car because PEOPLE KNOW.

These devices are not expensive, it costs less than RM50 for the thieves to start the “business”.

Psst!!!…huhuhu..sblm2 nie selalu tinggal lappy dlm keta
pasnie xleh buat camnie dah..kena selalu beringat
kena usung aje lah kemana pun pergi
see alat tu pun sgt2 murah…
so pada kawa2 semua berigat yea..

Sos PREGO tidak HALAL?


Dari inbox admin, tak tahu kebenarannya dan tak sempat nak pergi supermarket semak. Sebab itu berhati-hati membeli produk makanan yang diimport. Produk dalam Malaysia pun kena berhati-hati juga takut termakan ba alif ba ya

Saya ingin memesan kepada anda andainya anda membeli sauce tomato yang digunakan untuk memasak speghetti mestilah hati-hati. Semalam, setelah memasak nasi, udang goreng dan etc. Anak saya nak makan mee speghetti. Memandangkan bahan-bahannya semua cukup, saya pun
masakkanlah.

Bila speghetti dah selesai dimasak, anak saya Kamal pun bertanya, umi daging kecil yang masin sedikit itu daging apa? Si abang Salim pun jawab rasanya macam keju balls…… dikunyah rasa asin-asin. Anak saya Kamal makan sampai dua pinggan, sedap sangat spegetti Ummi masak dan kebetulan pula memang favouritenya, saya cuma sepinggan kecil sekadar nak rasa.

Setahu saya sauce speghetti biasanya tomato dan kadang-kala ada mushrooms tetapi yang ini lain sedikit….. saya pun bergegas ke dapur, pergi lihat botol sauce yang diberi nama Italian Sausage for Speghetti keluaran PREGGO made in USA ..
Ligat mata baca label pada botol, hati dah tak sedap, tekak rasa mual macam orang hamil. Tiba-tiba terlihat INGREDIENTS: tomato, bla-bla, bla-bla….. … pork minced meat!

Astaghfirullaahal aziim……. …….. saya masak speghetti dan saucenya mengandungi babi. Yang dah termakan babi semuanya terperanjat! Yang nak diet anak perempuan Maryam dan adik lelaki Muhammad terselamat kerana mereka makan nasi. Kuah sauce spegetti dengan kualinya sekali saya buang..
Yang tertelan spegetti babi terludah-ludah kesal tak sudah. Semoga Allah ampun dosa kerana alpa untuk membaca ingredients sebelum membeli. Saya kira sauce tomato manalah ada taruh daging babi…….. ……… kata orang tua-tua mimpi makan daging babi nak dapat REZEKI tapi kalau makan bukan dalam mimpi apa nak jadi? 40 hari doa tidak dikabulkan Allah andainya makan benda-benda haram.
ASTAGHFIRULLAAHAL AZIIM.

Siapa-siapa ada air zam zam mintalah sedikit, saya nak bersihkan perut yang termakan babi…… tolonglah sampai sekarang rasa jijik dan mual. Taubat tak nak masak spegetti lagi.

Sumber Isu Hangat

Nikmat di Bulan Rejab


Sama samalah kita ingat mengingati amalan amalan mulia
yang penuh berkat ini………..


BULAN REJAB

Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let’s overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu.
Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, “Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:”

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi’raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya.”

Sabda Rasulullah saw lagi :”Pada malam Mi’raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wan gi, lalu saya bertanya pada Jibril as “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”

Maka berkata Jibrilb as “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini.”

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :”Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau “Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?” Lalu beliau bersabda “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka.”

Sabda beliau lagi “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur.” Tsauban bertanya “Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?”

Sabda beliau “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan so lat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”

p:s Rebutlah 5 perkara sblm dtg 5 perkara

1. Waktu Muda sblm Tua

2. Waktu Sihat sblm Sakit

3. Waktu Lapang sblm Sibuk

4. Waktu Kaya sblm Miskin

5. Waktu Hidup sblm Mati

Insyaallah..mudah-mudahan Allah SWT memberkati segala amalan baik kita.