Breastfeeding Journey Alang Irfan

Salam, alhamdulillah breastfeeding journey Alang Irfan baru sahaja berakhir pada saat umurnya 2 tahun 1 bulan 2 hari (kalau ikut tahun 3 tahun lah hehehe), syukur…syukur berjaya susukan Alang Irfan sehingga 2 tahun lebih, 1 pencapaian yang sangat cemerlang dalam hidup, abang-abangnya dulu menyusu susu ibu kejap je tak sampai pun 6 bulan, kesian kan? Mungkin sebab time tu kurang ilmu tentang penyusuan susu ibu ni. Huhuuu…

image

Abaikan muka saya yang semangat tu hahaha #preggy9months, motif gambar? Hahaha….

Dengan Alang Irfan berbeza sedikit, mungkin sebab jarak usianya dengan angah 6 tahun, jadi kira macam semangat sikit, rasa macam baru dapat anak pertama hahahaha, lama tak berbaby kan time tu. Jadi saya membuat research tentang kebaikan penyusuan susu ibu dan khasiat-khasiat yang ada pada susu ibu. Sentiasa berfikiran positif tentang penyusuan susu ibu dan sentiasa mind set kan dalam kepala bahawa susu ibu ada dan cukup sehingga usianya 2 tahun. Dan ternyata tidak ada susu yang hebat lagi setanding dari susu ibu. Ianya berdasarkan pengalaman saya sendiri selama menyusukan Alang Irfan selama 2 tahun lebih tu. Tak percaya? Sila alami sendiri.

Continue reading “Breastfeeding Journey Alang Irfan”