Senarai Pemenang Cabutan Bertuah Yanmieonline.com

Salam semua, terima kasih pada yang sudi join Cabutan Bertuah Yanmieonline.com, terima kasih jugak atas sokongan anda kepada saya. Berikut dibawah Senarai Pemenang Cabutan Bertuah Yanmieonline.com yang telah dicabut menggunakan random.org

cabutan bertuah yanmie

Tahniah kepada pemenang diatas, saya pun tak cek lagi siapa pemenang-pemenang tersebut, untuk menyemak nombor bertuah anda, boleh pergi ke link dibawah.

Senarai Peserta Cabutan Bertuah Yanmieonline.com

Pemenang akan menerima 1 box macaron, sila tebus hadiah anda dengan menghantar butiran ke alamat email yanmie82@gmail.com menggunakan format dibawah.

Nama Penuh :

Alamat untuk penghantaran hadiah :

No Tel :

Url Blog:

Pada yang tidak berjaya, jangan kecewa, insyaallah lepas ini sekiranya dimurahkan lagi rezeki saya akan buat lagi contest diblog ini, terima kasih atas sokongan anda semua, anda tak dapat hadiah tapi anda dapat backlink dari saya ^_____^

– Sekiranya pemenang yang tidak menuntut hadiah dalam masa 5 hari, hadiah tersebut akan di random semula untuk diberikan pada pemenang yang lain, sekian!

.

– Tahniah!

Yanmieonline.com Vs Yanghangat.com

Salam semua, hiks tajuk macam nak fight je, hahhaa takdelah macam tu sebenarnya cuma bangga sikit pencapaian kat blog ke 2 Yan, ala blog suka-suka je, layan time rajin je, kalau malas memang di abaikan berbulan-bulan seperti sebelum nie, alhamdulillah blog ke 2 Yan iaitu Yanghangat.com sikit hari lagi nak masuk setahun dah 🙂

yanmieonline vs yanghangat

Walaupun jarang menulis di blog tersebut, tapi tetap jugak ingin di teruskan blogging di blog tersebut, yang mana baru je di renewkan domainnya. dan syukur pihak Sepaku Hosting masih sudi menaja hosting untuk blog tersebut :), makasih ye awak! ehehe….yep ownernya suami isteri jugak seorang blogger 😀

Continue reading “Yanmieonline.com Vs Yanghangat.com”

My Raya Moments Contest

Salam semua, adeh sebenarnya tak tahu nak letak gambar apa untuk My Raya Moments nie, harus join sebabnya besan yang anjurkan kontes nie, siapa lagi kalau bukan top blogger yang tengah hot sekarang nie iaitu Eyriqazz, kontest nie sangat menarik sebabnya cara pengadilan dan syarat pun tak rumit, hem…takpelah kalah menang lain cerita, yang penting dah join..betul tak besan?? kalau menang tu kira 1 bonus lah kan, ok meh tengok gambar yang dipertaruhkan dibawah nie.

my raya moment

Gambar atas tu ambil masa kawan-kawan  blogger datang ke rumah untuk Makan-makan di Teratak Yanmieonline.com. korang kenal tak blogger-blogger kat atas tu, meh Yan kenalkan yea, dari kiri SueAnarm.Net, Sukasup dan dari kanan CikNurull dan Azizan4444. seronok dapat jumpa diorang nie, lagi seronok dapat jumpa diorang nie buat pertama kalinya di rumah Yan sendiri, nasib baiklah raya kan…agaknya kalau bukan raya mesti tak jumpa sampai sekarang. Yang bestnya depa nie angau dengan Daging Masak Kicap ala Yanmie ehehe…kalau besan nak datang rumah nie pun nanti boleh buatkan daging masak kicap tu..amacam?? nak tak?? bawa sekali menantu kakyan tu..nnggee~~

Oklah setakat itu sahaja tentang kontes my raya moment nie, korang kalau sudi silalah like gambar tersebut di SINI yea.  jangan malu jangan segan untuk LIKE 🙂

My Raya Moments Contest adalah anjuran bersama MySuperkids , Viruspadu, LittleKidsPhotography, Fitrihadi dan Special Additional Sponsor by Redmummy.Com (RM150)

Nota Yanmie : Fuh…lega entry nie dah terbit, so takdelah besan Yan merajuk 😛

Ada Apa dengan Yanmieonline?

Salam semua, pelik rasanya hari ini banyak sangat keywords ‘Yanmie’ dan ‘Yanmieonline’ yang masuk ke blog ini. Ada apakah dengan Yanmie dan Yanmieonline seakan-akan diserbu??

Dah tu lama pulak melepak kat blog nie, habis dia selak semua page, tengok aje ada 10 action dari carian tersebut.

Rata-rata keywords yang masuk ke blog ini bukanlah buka dan tutup sahaja, tengok aje diorang lepak kat sini berapa minit 🙂

Continue reading “Ada Apa dengan Yanmieonline?”

Blog Yanmieonline.com di review lagi

Salam semua, selamat menjamu selera..wah!! apa menu korang hari nie? mesti sedapkan…ekeke sebenanrya bukan nak cerita pasal menu lunch tapi nak cerita pasal Blog bertuah ini di review lagi untuk kali ke 3, serius Yan sangat happy 🙂

Yelah cuba bagitahu siapa yang tak happy bila blog korang di review? nak-nak pulak yang review blog tu memang minat betul dengan blog korang, setiap masa dan ketika dia stick je kat blog korang..ehehe *see perasan sudah!*

Continue reading “Blog Yanmieonline.com di review lagi”

Keputusan Cabutan Bertuah Yanmieonline.com

Salam buat semua, mesti ramai yang ternanti-nati keputusan Cabutan Bertuah ini kan? Sebelum tu seperti yang kawan-kawan semua sedia maklum, Cabutan bertuah ini di cabut oleh anak kami yang sulung Aiman namanya.

Sebagai menghargai semua penyertaan dari kawan-kawan semua, Kami dengan ini ingin menambah bilangan Pemenang yang bertuah. maklumlah tak sangka pulak sambutannya amat memberangsangkan, mula2 ingat target yang masuk dalam 20 orang macam tu, tapi 5x ganda dari yang kami sangka iaitu 110 Penyertaan. Terima kasih buat kawan-kawan semua kerana sudi memeriahkan lagi Cabutan Bertuah ini.

Nama Peserta Cabutan Bertuah

So memandangkan yang menyertai Cabutan Bertuah ini 5x ganda dari sangkaan kami, jadi kami ingin memberikan hadiah saguhati buat 3 orang yang bertuah. dan seperti yang kawan-kawan tahu, pemenang Utama hanya seorang dan begitu jugak dengan Pemenang untuk Referrer, jadi kesemuanya 5 orang yang bertuah.

Jadi siapakah mereka-mereka yang bertuah itu?? Saksikan Video ini sehingga habis, barulah kawan-kawan semua tahu siapa yang bertuah itu. Jom layan kejap yea…


Mereka yang bertuah ini akan menerima hadiah seperti yang telah dijanjikan iaitu Minyak Wangi Pure dan barangan Mutiara Asli dari Sabah.

Pemenang Utama Cabutan Bertuah

Hadiah untuk Pemenang Utama Minyak Wangi Pure dan 2 Utas Gelang Mutiara Asli dari Sabah

Pemenang referrer Cabutan Bertuah

Hadiah untuk pemenang Referrer adalah sama seperti pemenang utama. Pemenang untuk Referrel ini jatuh kepada Zai Kulim, Tahniah dari kami. Zai Kulim berjaya memperoleh sebanyak 14 Referrel.

Hadiah saguhati untuk Cabutan Bertuah

Yang nie 3 hadiah saguhati. Isi dalamnye?? angpau ke?? hehehe…special jugak isi dalamnya nie, yang pasti orang perempuan sangat suka dengan benda nie. Nak tahu?? nanti tanya dengan pemenangnya nanti bila dah dapat hadiah nie…ahaks…

Hadiah Cabutan Bertuah

So pada pemenang yang bertuah, sila emailkan alamat korang untuk tujuan pengeposan. Kalau cepat korang kasik alamat maka cepatlah jugak hadiah nie sampai ke tangan korang. Hadiah nie akan dipos serentak. So kelima2 yang bertuah ini emailkan alamat korang dengan cepat yea…

Sekali lagi Tahniah diucapkan kepada mereka 5 orang yang bertuah, pada yang tidak menang, jangan kecil hati..insyallah ada rezeki lain yan buat lagi ok! terima kasih sekali lagi atas kesudian kawan-kawan semua menyertai Cabutan Bertuah ini.

Pada pemenang, sila emailkan alamat dan no telefon untuk urusan pengeposan kepada yanmie@yanmieonline.com

Contest Cabutan Bertuah di tutup secara rasminya

Salam buat semua, Syukur alhamdulillah akhirnya penantian Yan untuk 31.01.2010 pukul 11.59pm berakhir jugak. Dengan ini Yan mengumumkan Contest Cabutan Bertuah di TUTUP.

Sebarang penyertaan selepas Entry ini tidak akan dilayan, harap maklum. Insyallah boleh cuba lagi di lain masa sekiranya Yan ada rezeki untuk buat Contest lagi.

Terlebih dahulu terima kasih Yan ucapkan kepada rakan-rakan semua yang sudi memeriahkan Contest yang tidak seberapa ini. Di samping itu Yan sangat seronok dapat berkenalan dengan kawan-kawan yang lain.

Terharu rasa hati bila penyertaan mencapai 110 penyertaan. Terima Kasih sekali lagi. Tak sangka pulak sebanyak ini penyertaan untuk Contest Cabutan Bertuah ini.

Nantikan insyallah Pagi nanti (tengok Aiman jaga pukul berapa..hehehe) ,pengumuman nama pemenang Yang bertuah dan nama pemenang untuk referrel akan di umumkan, yang referrel nie rasanya korang dah tau siapa  yang menangkan? ok nanti  Yan listkan sekali dengan nama pemenang. Mudahan besok anak Yan (Aiman) ada mood, so boleh lah dia mencabut nama pemenang. Kita tengok siapa yang bertuah pagi nie nnti yea…

Untuk senarai peserta Klik SINI

Good Luck untuk semua peserta Contest Cabutan Bertuah di Yanmieonline.com

Server di tutup untuk sementara waktu di Yanmieonline.com

Yanmieonline.com tak dapat buka pada 11.30mlm ini sehinggah besok paling lewat pukul 4 petang, Harap Maklum yea…coz pihak hosting tengah reformat server
so klik2 kat kedai nie jelah yea….okies!

Salam untuk semua, nie nak bagitahu korang semua, ewah cam ramai je yang baca blog nie..hehehe. Tadi dapat email dari Pihak Hosting , diorang akan tutup server untuk kerja2 memformat server.

nie email dari Pihak Hosting
Email dari Sepaku Hosting

So blog Yan nie akan ditutup buat sementara waktu, start malam nie 11.30 malam sehinggalah paling lama pukul 4 petang. Harap kawan2 semua dapat bersabar yea..

Malam nie klik2 guna blog Kedai lagi…hehehe, insyallah lepas kerja2 memformat server ini selesai di lakukan oleh pihak hosting, Blog ini akan boleh di akses dengan biasa..

Harap Maklum yea…