Salam, hikhik ingat nak start buat entry macam ni lah, sebagai sumber rujukan hikhik, kebetulan semalam gtalk dengan sahabat saya pasal Tanda Awal Kehamilan aka Mengandung ni, tetiba pulak semalam saya jadi doktor hahaha, sahabat saya tu mempunyai tanda-tanda tersebut, so kalau betullah kan, saya happy sesangat tuk dia hehee.

ibu mengandung

Jangan salah faham, entry ini bukan untuk saya, tapi untuk sahabat yang saya maksudkan tadi heheee, tapi apasalahnya kan kalau saya tulis di sini, boleh lah jadi sumber rujukan, dah banyak ilmu-ilmu ni saya lupa, dah nak 6 tahun berlalu nngee~

Jom tengok Tanda Awal Kehamilan aka Mengandung ni :-

1. Rasa lapar yang berpanjangan

Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.

2. Perubahan pada warna di sekliling payudara

Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.

3. Kerap membuang air kecil

Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.

4. Merasa tidak bermaya

Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.

5. Sakit dan tegang pada buah dada

Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.

6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari

Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.

7. Rasa loya dan muntah

Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.

8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan

Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.

9. Missed period

Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.

Dan akhirnya..

10. Ujian air kencing yang positif

Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian dan…

…Tahniah!

Sumber : PortalAlamHamil

.

– Tapi tidak semestinya semua tanda tu ada, masa Aiman dan Haziq dulu tanda awal cuma rasa 1,2,4,5,9,10 😀

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

47 thoughts on “Tanda Awal Kehamilan aka Mengandung”
  1. Bleh test guna pregnancy test strip. Kepada anda yang nak dapatkan pregnancy test dengan hanya RM 8 termasuk kos penghantaran (pasaran RM 12). Apa yang ada tahu. Esok selamat sampai di rumah anda. Sila likes SINI

  2. Kak sya awal pregnant mmg lapar sentiasa…kalau mkn nasi mesti 2 pinggan…masa tu mmg dh ready…bila piot lewat seminggu….terus beli pregnancy test…nak tahu kak sya test kul bape….kul 3 pg…excited punyer pasal…maklumler ira dh 5 thn…dh blh dpt baby baru…semoga kandungan kali ini selamat…amin…

    1. @syamila, wahhh kul 3 pagi tu, mesti sebelum kul 3 pagi tu tak sabar hehehe, tahniah ye kak, ira sebaya haziq kot, bestnyeee heee, kasik tiup sikit angin2 tu hahhaha, moga semuanya dipermudahkan ye, amin 🙂

      1. @yanmie, lps beli tgh hari rasa nk terus test….tp pujuk hati…sabar2….seeloknya waktu pg…nk tido pun tk lena…ni kes berdebar2 ler…akirnya tertido jgk…jadi sedar je kul 3 pg…apalagi…testing time…hik3….bila positive terus kejutkan hubby..terkulat2 dia bgn…. Kalau dekat…kak sya dh tiup dah…itula..rasa ira mmg sebaya haziq…

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge