Salam, alahai sedihnya rasa hati bila anak-anak silih ganti ber”demam-an” (ada ke ayat gitu ye? hahaa), hari tu Haziq dah kena Chicken Pox ni, lepas tu Irfan Demam Campak, Ahad lepas Aiman Demam Chicken Pox, kelmarin baby Irfan, ni pulak giliran Haziq lagi…erm…bersilih ganti, sedih tengok anak-anak tak sihat ni, makan minum terbantut, sekolah dah sah-sah tak boleh nak pergi.

chicken pox

Bulan lepas Demam Campak, ni kena chicken pox pulak, sian dia 🙁

Aiman dah nak seminggu chicken pox nya, dah cuba kuarantin dia sebelum ni, tapi tak berjaya, nak buat macam mana dah tak boleh nak halang, dia nak juga menepek kat bawah ni, tak nak duk kat atas, Baby Irfan pulak takkan nak biar kat atas kan? saya buat apa? dah tentulah sibuk dengan urusan kerja-kerja rumah, makan minum anak semua, kalau saya pun menempek diatas, siapa nak uruskan kerja-kerja rumah?, sudahnya redha aje ler…

chicken pox

Kali ke 2 ni, mujurlah naik di tangan dan kaki, muka takde, fuhh~

chicken pox

Kali pertama Haziq Chicken Pox, kali ke 2 ni alhamdulillah tak banyak, sikit je di bahagian kaki.

Sebenarnya AIman dah Haziq dah pernah kena Chicken Pox sebelum ni, tapi kena lagi untuk kali ke 2 ni, siapa kata chicken pox ni tak berulang?, mungkin nasib lah kalau kena sekali je seumur hidup, ni anak-anak ikut saya ni, 2x kena, kali kedua saya kena 2 minggu nak bertunang, serius sakit hati betul sebab muka penuh parut hahahha erm…

Janganlah mak bapak diorang pulak kena huhuuuuu, risau juga ni….

– Demam Campak Dan Chicken Pox (Cacar Air) tak sama ye, ramai yang salah faham ni~

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

18 thoughts on “Anak-anak Demam Chicken Pox”
  1. ADA SATU PETUA UNTUK MENGELAKAN KENA PENYAKIT CAMPAK. SEKIRANYA KITA TAHU ADA WABAK CAMPAK MENULAR DIKAWASAN KITA , CABUT ANAK POKOK BETIK DAN AMBIL PANGKAL POKOK BETIK SEHINGGA AKAR TUNJANGNYA KEMUDIAN BASUH,SELAWAT 3 KALI KEMUDIAN RENDAM DALAM KOLAH AIR. AKAR BETIK BOLEH DIKELUARKAN SETELAH ANDA PASTI WABAK CAMPAK TELAH REDA DIKAWASAN ANDA.INSYAALLAH SELAMAT MENCUBA…

  2. rasa tertarik nak share testimoni customers yang ambil supplement dari shaklee bila chicken pox ini menyerang. hihi.

    “Saya memang berikan anak saya makan vitamin C chewable setiap hari untuk kesihatan sistem imun beliau. Dan semasa kejadian sy tambahkan dos kepada 2 biji. Rasanya ini memang sangat2 membantu kerana beliau tidak mengalami simptom2 yg sukar.

    Boleh juga berikan anak yg sakit Nutriferon dan Meal Shakes untuk mempercepatkan pemulihan.

    Saya mandikan beliau dengan Basic H Shaklee 2 kali sehari. Basic H membantu membunuh kuman, virus dan bakteria dan ia sangat bebas bahan kimia berbahaya dan tidak merengsakan.

    Pakaian aqil diasingkan dan direndam dalam air panas dahulu sebelum dibasuh.

    Jadi nasihat saya, simpan dirumah sekurang2nya natural 1st aid Nutriferon dan pencuci natural serbaguna Basic H untuk mencegah jangkitan virus dan bakteria.”

    kalau dear berminat, boleh dapatkan set ini dengan saya. boleh WhatsApp 019 495 1082.

    insyaAllah semoga bermanfaat dan semoga adik cepat sembuh 🙂
    blog amir recently posted..Cara Tambah Berat Badan dengan Vitamin ShakleeMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge